..

..

PAS KOTA RAJA LUMPUH , AHLI PARLIMEN & AJK KELUAR PARTI SERTAI GHB

on Thursday, August 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 - Ahli Parlimen Kota Raja yang juga Naib Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud antara 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kota Raja yang mengumumkan peletakan jawatan secara rasmi dan menyertai gerakan Harapan Baharu (Harapan Baru) dalam satu Sidang Media di Pejabatnya, di Taman Sentosa, Kota Raja di sini hari ini.
 
Selain Siti Mariah, YDP Pas Kawasan Kota Raja, Jaafar Shamsuddin dan Timbalan YDP, NorHalim Sirome turut meletak jawatan.
 
Jaafar berkata, peletakan jawatan itu turut melibatkan sembilan Ketua Pas Cawangan daripada 38 Cawangan Pas beserta AJK Cawangan di kawasan Kota Raja.
 
Menurutnya lagi, kesemua 22 ketua cawangan dan AJK cawangan dalam Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) turut mengambil langkah yang sama.
 
"Mengambil kira jumlah AJK Pas kawasan, AJK cawangan, DHPP serta sub komiti ia melibatkan kira-kira 183 orang menyertai Harapan Baru pada kali ini.
 
"Kami memilih Harapan Baru sebagai langkah untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan bagi seluruh rakyat di kawasan ini.
 
"Kami menyahut saranan atau arahan pimpinan agar semua ahli yang hendak bergerak atas wadah baru perlu meletak jawatan," katanya.
 
Menurutnya, dengan penuh rasa tanggungjawab pihaknya dan kesemua terlibat merasakan peletakan jawatan ini bagi memudahkan AJK yang masih bersama Pas dapat menjalankan tugas atau aktiviti di sini.
 
"Kami ingin pastikan bahawa kehadiran Harapan Baru Kota Raja adalah bagi meneruskan perhubungan bersama rakan-rakan PKR-DAP dan semua kaum sesuai dengan kehendak Islam.
 
"Kami tak bermusuh dengan Pas malah mereka adalah sahabat dan kami sentiasa buka ruang persahabatan untuk merapatkan ukhwah," katanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    barua barua melayu utk DAP...

  2. Anonymous says:

    Petikan dari http://www.malaysia-today.net/the-quran-did-not-come-from-allah-as-some-people-say/

    dari ruang komen

    >>Edwin Jansz · St. Francis Institution, Malacca, Malaysia


    183 members from the kota raja division, 227 members from the kapar division and 3 from the klang division resigned from pas.
    that's a grand total of 413 members.
    at the last count, pas has got 1,000,300 members.
    so pas lost 0.04% of its members. 0.04% is 4 hundredths of 1%!
    it's like a person who dug out a booger from his nose and flicked it away.
    that's the comparative amount of members pas lost.
    so dap tried to take over pas by using a trojan horse, did not succeed, then tried to break the party into 2 but only succeeded in getting some tahi hidung. well done!
    and the opposition media yesterday predicted an 'exodus'.
    i'm sure tg hadi awang must be shaking in fear. heheheh.



    ada siapa yg boleh terjemahkan ke dalam bahasa melayu yg mudah difaham??

    183 ahli dari bahagian Kota Raja, 228 ahli dari bahagian Kapar dan 3 dari bahagian Klang letak jawatan dalam PAS/keluar dari PAS
    Jumlah besar bilangan mereka ialah 413 orang ahli
    perangkaan akhir menunjukkan PAS mempunyai seramai 1,000,300 orang keahlian
    jadi pas kehilangan 0.04% ahlinya.0.04% ialah 4 perseratus dari 1%
    seperti seorang itu mengorek tahi hidungnya, lalu menjentiknya
    itulah perumpamaan kehilangan ahli itu bagi PAS..
    DAP cuba menguasai/menawan PAS dengan menggunakan 'trijan horse', mereka gagal, kemuadian mereka cuba memecahkan PAS kepada 2 tetapi hanya berjaya mendapatkan tahi hidung ...tahniah !
    media pembangkang membayangkan akan berlakunya 'exodus'/penghijrahan besar
    saya yakin TG hadi awang tentunya sedang mengigil ketakutan ...heheheh

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.