..

..

NURUL IZZAH CAKAP PAPA ANWAR SAKIT BAHU SERIUS PULAK DAH

on Wednesday, August 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara menjalani pembedahan dengan segera berikutan kecederaan di bahu beliau semakin serius.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kecederaan serius yang dialami Anwar telah pun diketahui oleh Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara dan pihak hospital.

Menurutnya, kecederaan ini menyebabkan kesakitan berterusan kepada Anwar yang mendesak keperluan pembedahan dibuat ke atas kecederaan bahu beliau dengan segera.

"Kecederaan ini sudah bertambah buruk menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada Datuk Seri Anwar berterusan.

"Sehubungan itu, kami mendesak supaya Datuk Seri Anwar dibedah serta-merta berikutan kesakitan yang dialaminya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Rabu.




Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kali terakhir Anwar dimasukkan ke hospital adalah pada awal Julai lalu selepas sebulan bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke hospital buat pertama kali pada Jun.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengotakan janjinya sebelum ini supaya Anwar diberikan rawatan yang sewajarnya.

"Kami telah memohon dan merayu rawatan dan penyelesaian untuk masalah tersebut secara terus dan juga melalui peguam kami. Rayuan kami setakat ini tidak diendahkan," katanya.

Pada Jun lalu, Najib menerusi kenyataannya di Twitter berkata: "Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya."

Selain pembedahan segera, Nurul Izzah berkata, pihaknya turut memohon Anwar dibenarkan untuk diperiksa oleh doktor pakar pilihan keluarga secara konsisten dengan kadar segera seperti yang diminta sebelum ini.

Nurul Izzah turut mendakwa fisioterapi yang telah disyorkan oleh pakar Hospital Kuala Lumpur tidak dilakukan secara menyeluruh dan konsisten sehingga menghalang proses pemulihan fizikal bapanya.

"Kita mohon Anwar dimasukkan ke dalam wad serta-merta dan fisioterapi dibuat seberapa kerap yang perlu," katanya.

Beliau menambah, Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Penjara dan pihak kerajaan bertanggungjawab penuh ke atas keperluan perubatan Anwar dan sebarang kesan terhadap kesihatannya sekiranya permintaan yang dibuat masih lagi tidak diendahkan.

Anwar kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. 


One Response

  1. Anonymous says:

    Papa sakit bahu buat pumping kot.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.