..

..

NAJIB GESA PEMIMPIN & AHLI PARTI TUTUP ISU DANA POLITIK , TUMPU KEPENTINGAN RAKYAT @NajibRazak

on Sunday, August 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pemimpin dan anggota parti supaya menutup isu dana politik, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat.
Perdana Menteri berkata jika parti hanya tertumpu pada isu dana politik, soal kepentingan rakyat akan terabai.

Beliau berkata soal kepentingan rakyat dan apa yang diinginkan oleh mereka sepatutnya menjadi agenda utama parti yang perlu diambil perhatian sewajarnya.


"Selagi kita ambil berat soal rakyat, rakyat cukup tak pendapatannya, rakyat ada tak rumah mampu milik, rakyat dapat ke tidak sekolah, suasana hidup rakyat macam mana, ini semua mesti dalam lingkungan apa yang diperjuangkan oleh parti kita.
"Kalau kita dapat memberi perhatian pada perkara ini, saya percaya kita dapat pulihkan keadaan ini," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di Institut Latihan Perindustrian di sini, hari ini.

Yang turut hadir bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kepala Batas.

Najib berkata media massa terutamanya media sosial menjadi punca kekalutan pemikiran rakyat sehinggakan perkara yang tidak benar boleh dianggap sebagai benar.

Justeru, katanya semua anggota parti perlu memainkan peranan membetulkan persepsi rakyat dengan memberi penjelasan terhadap isu-isu berbangkit.

"Nasib saya jadi perdana menteri (semasa) media sosial menjadi media utama bukan lagi media cetak. Inilah seperti mana berlaku dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13), mereka boleh pusingkan cerita kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh yang kita bawa masuk jadi pengundi dalam PRU13.

"Cuba bayangkan benda macam itu, cerita tak benar pun, tak disiasat, tak dipastikan kebenaran (dan) diterima, ditelan bulat-bulat. Sampai hari pengundian tu ada orang yang rupa macam Bangladesh kena kejar," katanya.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Dengar tu Najib cakap selagi rakyat cukup makan, boleh beli rumah mampu milik, boleh pergi sekolah korang pemimpin dan ahli amno boleh songlap bilion2...boleh je ...

  2. Anonymous says:

    Isunya skrg kamu sebagai pengerusi tak boleh menjelaskan mengenai 1MDB bila ditanya.

    RM2.6 billion dlm akaun sendiri tapi masih tak mahu mengaku.

    Bila ahli dan rakyat dah hilang kepercayaan, baik berundur. Nanti parti musnah & bangsa merana.

  3. Anonymous says:

    Rakyat terbeban dengan kos sara hidup......gara-gara GST

  4. Anonymous says:

    kau dah kenyang.senang2 suruh tutup ye..terbaikk.

  5. Testor says:

    Setuju! Kepentingan rakyat dari dana kerajaan disonglap pemimpin yang rakus harus dipelihara! Kepentingan rakyat!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.