..

..

NAJIB BANTU 14 NGO MELAYU JALANKAN PROGRAM USAHAWAN BUMIPUTRA

on Thursday, August 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sejumlah RM20 juta kepada 14 NGO untuk menjalankan Program Pembangunan Usahawan Bumiputera.

Ketika mengumumkan peruntukan itu pada majlis ringkas di pejabatanya di Putrajaya pada Selasa, Perdana Menteri berkata peruntukan itu akan disalurkan menerusi TERAJU kepada pada NGO-NGO berkenaan.

"Sejak TERAJU ditubuhkan pada 2011 ia telah mengadakan banyak sesi diskusi dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan yang membina dalam usaha menambahbaik program pembangunan usahawan yang sedia ada.

"Hasil daripada sesi-sesi ini TERAJU melalui Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) telah menyarankan beberapa pendekatan antaranya bekerjasama dengan pihak swasta, bank, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), kementerian dan agensi kerajaan," katanya.

Menurut Najib, bagi meningkatkan kerjasama degan Badan Bukan Kerajaan (NGO), MEB telah memutuskan untuk memperkasakan peranan NGO dalam melaksanakan program-program pembangunan kapasiti melalui latihan dan penyelidikan, pembiayaan dan program kesedaran menerusi kerjasama dengan TERAJU.

"Dengan cara ini program yang dianjurkan setiap NGO akan menjadi lebih tersusun dan berdaya saing selain merapatkan jurang ekonomi yang sedia ada wujud di antara usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera," katanya lagi.

Najib berkata, semua NGO yang terpilih ini akan ditentukan KPI masing-masing dan satu akaun tersendiri akan diwujudkan supaya dapat dipantau oleh TERAJU.

Katanya lagi program berkenaan tidak ada tempoh akhirnya dan akan berjalan selama-lamanya.

"Apa yang perlu dalam masa beberapa tahun akan datang ini ialah kita laksanakan semua program ini bagi membantu usaha untuk mencapai Agenda Nasional, iaitu pemerkasaan ekonomi bumiputera secara kolektif dan bersepadu," 


One Response

  1. sambil jangan lupa peniaga bumiputera yg menjaja ditepi jalan, datanglah buat bancian pada golongan ini bertaburan seluruh Malaysia, apakah yg bantuan yg boleh disadurkan, buat kajiselidik berhemah.

    jika kawasan itu larangan berniaga, carilah tempat alternatif yg boleh mereka meneruskan urusan mencari rezeki.

    JANGAN HANYA TAHU ROBOH ATAS ALASAN PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN TAPI GANTIAN YANG SESUAI TIDAK DIBERI.

    sokongan penuh pada yg baru mencuba alam perniagaan , berhujan berpanas mencari rezeki, dalam setiap hati kecil bercerita dan menanya bilakah pemimpin perihatin datang menjenguk mereka dan bertanya khabar. semoga mereka yg berpanas berhujan menemui PAYUNG yg hilang.

    P/S : carilah yg amanah dalam membuat bancian, semoga golongan sasaran dikenalpasti.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.