..

..

MUDAHNYA MENABUR FITNAH DI MEDIA SOSIAL

on Thursday, August 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




MUDAHNYA MENABUR FITNAH
Penyebaran FITNAH bahawa saya mengungkapkan “Wajib Taat pada Perdana Menteri Walaupun Dia Mencuri Harta Rakyat”. Berikut adalah ulasan saya:
1) FITNAH ini disebarkan dgn meletakkan TAJUK PROVOKASI (spt di atas) pada satu kuliah maghrib saya di sebuah masjid di Batu Caves pd 31/05/2011.
2) Video berdurasi 8 minit 19 saat itu merupakan jawapan saya kepada satu soalan tentang sejauh mana ketaatan kepada pemimpin. Adakah dgn kenaikan tarif elektrik mengharuskan kita utk tidak mentaati pemimpin dalam hal yg makruf?
3) Terlalu banyak video-video ulasan saya tentang pemerintahan dan konsep mentaati pemimpin. Sila rujuk: http://www.drfathulbari.com/2015/08/menjawab-fitnah-wajib-taat-perdana.html
Jadi, sebarang kesimpulan yg ingin dibuat tentang pendirian saya, perlu mengambilkira ulasan-ulasan saya secara kolektif dan janganlah diputarbelitkan yang kemudiannya boleh menjadi modal fitnah.
4) Oleh kerana, pemfitnah sentiasa gagal berhujjah ilmiah, maka mereka cuba memutarbelitkan kenyataan saya dengan tujuan mengadu domba. Sabda Nabi SAW: “Tidak akan masuk syurga pengadu domba”. (HR ) Al-Imam al-Nawawi (w.676H) memberikan takrifan “al-Namimah” (adu domba) sebagai menukilkan kata-kata seseorang dan menyebarkannya dengan tujuan jahat. (lihat: al-Azkar, oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi, ms 99)
5) Mentaati Pemerintah Islam yg SAH dalam hal yg ma’ruf adalah satu KEWAJIPAN selama mana tiada arahan melakukan maksiat. Asas pendirian saya berdasarkan hadis Nabi SAW:
“Wajib ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada apa-apa yang dia sukai atau benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruhnya untuk melakukan kemaksiatan. Apabila pemerintah menyuruh untuk melakukan maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).” (HR Muslim, no: 3423. al-Tirmidzi, no: 1629)
6) Kezaliman pemerintah sudah tentu wajib diingkari dan dinasihati. Sabda Nabi SAW: “Jihad yang paling utama adalah MENGATAKAN KEBENARAN di hadapan pemerintah yang zalim.” (HR Abu Daud, no:4344, al-Tirmidzi, no:2174).
Asas menasihati adalah secara berhadapan dengan pemimpin bukan di belakangnya.
7) KAEDAH “mengatakan kebenaran” @ menegur @ mengingkari @ menasihati semestinya menepati METHODOLOGI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
8) Methodologi AHLI SUNNAH dalam menasihati pemerintah:
a. Menasihati bukan provokasi.
b. Menyampaikan hujjah bukan fitnah
c. Penuh kesopanan bukan kebiadapan
d. Dengan kasih sayang bukan kebencian
e. Secara bersendirian diutamakan bukan dijalanan atau terang terangan.
f. Dengan keikhlasan bukan kepentingan
g. Penuh penghormatan bukan mengaibkan
h. Bersangka baik bukan bersangka buruk
i. Dengan kebijaksanaan bukan kejahilan (cth: BIJAK memilih tempat,masa,perkataan, menilai kemampuan diri, menilai maslahah dan mafsadahnya)
*Saya memaafkan semua pemfitnah, pemaki hamun, pengadu domba, pengumpat dan penyebar yg tidak bertabayyun. Moga Allah mengampuni kita semua. Wallaahualam.
Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Tahniah dr fathul bari....

    Umat islam hari ni sudah terlalu jauh dgn islam...

    Yg ada hanya perangai ikutan kafir dan amalan org2 kafir yg jd pujaan...

    Harap dr fathul bari terus lantang bersuara berdakwah menegakkan kebenaran dan ikut ajaran rasullAllah saw....

    Jazakallah.

  2. Anonymous says:

    Nak cakap bodoh karang segan pulak sebab dia ni bertitle Doktor. Tapi memang bodoh. Bila cakap bodoh karang kata kita fitnah pulak.

    Itulah belajar lagi kat Mesir yang terkenal dengan anti Monarkinya. Mereka ni lebih kepada Demokrat dan juga Republikan dan sosialisme. Ulama-ulama sudah sudah hilang kepakarannya dalam situasi Monarki selepas Raja mereka di jatuhkan.

    Hadis tersebut ialah berkenaan PEMERINTAH. Malaysia ini BUKAN REPUBLIK/KHALIFAH. Malaysia ini berasaskan Monarchy. Maka Pemerintah ialah Tuanku-Tuanku sekelian. Sabah Sarawak Melaka dan Pulau Pinang ialah dalam naungan YDPA. KIta wajib taaat pada Raja-raja.

    Perdana Menteri/Najib bukan Pemerintah. Beliau pentadbir bekerja untuk Pemerintah. Bukan kerja untuk rakyat pun. Najib bukan di lantik rakyat. YDPA yang lantik dia atas cadangan MP (yang mana Baginda boleh tolak pun). Kita tak pernah mengundi jawatan PERDANA MENTERI. Tidak wajib taat pada Perdana Menteri. Adakah kita rakyat pernah buat sumpah taat setia pada PM?. Mana ada Malahan atas ketaatan kita kepada Tuanku sekelian maka wajib kita meminta Tuanku memecat PM jika PM sebagai rakyat kita nampak sudah tidak mampu bekerja dengan baik. PM hanya Pentadbir/pekerja over glorified General Manager dan selainnya. Beliau bukan PEMERINTAH.

    Kes SUltan Perak zaman kemelut Perlembagaan zaman Nizar MB dahulu yang menyatakan "JIKA ADA KUASA MELANTIK MAKA ADA KUASA MEMECAT."

    Jadi tidaklah wajib kita taat pada PM. Tetapi Ahli UMNO wajib taat dan kepada NAJIB sebagai Presiden UMNO sesuai dengan hadis tersebut selagi Najib tak arah buat maksiat. Tapi kalau dah di beri duit secara tiba-tiba untuk sokongan itu namanya maksiat juga. Juga buka akaun peribadi untuk UMNO tetapi kurang bijak seperti tidak buat signatory bersama Bendahari UMNO misalnya - boleh timbulkan fitnah dan keraguan. Maka tidak wajib taat la lagi pada Tuan Presiden.

  3. Anonymous says:

    11.43am yg bodoh...takkan tak tahu apa itu perbandingan...kalau dah bodoh tetap bodoh...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.