..

..

MENTERI UMNO DIFITNAH JAHAT BLOGGER MACAI PEMBANGKANG

on Friday, August 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pembohongan dan fitnah blog pro pembangkang seperti ini acapkali menyerang pemimpin dan kerajaaan . Modus operandi mereka kini  membangkitkan kemarahan rakyat dengan memutarbelitkan kenyataan Menteri Kabinet dalam isu2 semasa. 
Kali ini giliran Menteri DS Idris Jusoh pulak menjadi mangsa fitnah hingga kenyataaan blog itu di share ramai netizen facebook termasuk orang UMNO sendiri . 
Mudah betul rakyat percaya berita-berita fitnah seperti ini tanpa memeriksa kesahihannya . Baca tajuk terus share dan menumpang sekali buat dosa fitnah .



SIARAN MEDIA
YB DATO SERI IDRIS JUSOH 
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:
1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".
Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:
"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".
2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.
3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.
Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.
Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.