..

..

MATA WANG NEGARA LAIN JATUH , PERDANA MENTERI MEREKA TAK PULAK LETAK JAWATAN ?

on Tuesday, August 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kalau Ikut cakap pakar ekonomi facebook  macai pembangkang  dan mentornya  Rafizi Jambu ..nilai  RInggit yang jatuh  akan pulih semula  bila PM letak jawatan . 

Habis tu negara-negara kuasa dunia dan membangun lain seperti Russia , Australia , Singapura , Indonesia perlu letak jawatan la jika mahu nilai matawang pulih semula .


Masa krisis ekonomi 1998 ,  Tun Mahathir dan Anwar tidak pun letak jawatan bila ringgit jatuh lagi teruk ke RM4.80 berbanding dollar US . 






– Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan sistem tambatan ringgit ekoran penyusutan nilai mata wang itu pada paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), semalam.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebaliknya menyatakan nilai ringgit dijangka kembali stabil susulan kedudukan asas ekonomi negara ini yang masih kekal kukuh.

“Berdasarkan semua kajian yang kita laksanakan, saya fikir ia (ringgit) akan kembali stabil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Noh Omar merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Ahmad Husni mengulas pandangan pihak tertentu yang meminta kerajaan melaksanakan sistem tambatan ringgit untuk menangani kemerosotan nilai mata wang negara susulan penurunan harga minyak dunia yang mencatatkan paras di bawah AS$50 setong.

Beliau turut menegaskan bahawa perubahan harga minyak itu dilihat dipengaruhi daripada pengukuhan USD itu sendiri yang mana keadaan itu turut memberi kesan kepada mata wang serantau seperti di Singapura dan Indonesia.



Spekulasi beri kesan kepada nilai  mata wang 


Penyusutan nilai ringgit pada paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mempunyai kaitan dengan pelbagai spekulasi dan persepsi yang wujud ketika ini.


Mustapa Mohamed
Menteri Perdagang­an Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mus­tapa Mohamed ber­kata, jus­teru, bagi memastikan nilai ma­ta wang itu kembali stabil, spekulasi dan persepsi tersebut perlu ditangani segera.
Bagaimanapun kata beliau, kejatuhan nilai ringgit tidak menjejaskan asas ekonomi negara yang setakat ini dilihat masih kukuh.

“Turun naik ringgit perkara biasa, yang penting ekonomi negara masih kukuh. Pertumbuhan ekonomi tidak banyak berubah, pengangguran juga masih rendah manakala kadar inflasi masih terkawal dan pelaburan pula tetap tinggi.



“Cuma perdagangan ada isu berikutan penyusutan harga minyak. Persepsi kita terlalu bergantung kepada minyak bagaimanapun tidak benar, ini persepsi politik yang harus kita jernihkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Wisma Persekutuan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pem­bangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha serta Pengarah Kesihatan nege­ri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher.

Mengulas lanjut, Mustapa mengakui, adalah sukar untuk meramalkan turun naik nilai ringgit secara tepat kerana perkara itu sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, kesediaan kerajaan memberikan penjelasan secara terperinci mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta dana politik RM2.6 bilion amat dialu-alukan bagi menjernihkan ke­adaan.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, penerangan berkaitan dua isu berkenaan perlu dibuat secepat mungkin bagi mengelak timbul lebih banyak persepsi negatif terhadap kerajaan.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kata kerajaan akan beri penerangan, kita alu-alukan kenyataan beliau. Jadi kita tunggulah dan insya-Allah, kita di Kelantan akan sedia terima penerangan itu.

“Ini penting perlu disegerakan kerana kita tidak mahu isu ini berlarutan. Rakyat perlu diberi penjelasan supaya jelas. Kalau tidak, spekulasi dan tohmahan akan terus berlaku,” katanya.
-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.