..

..

MAT SABU DAKWA SIKAP RAKYAT JOHOR BUATKAN GHB MILIKI POTENSI MENANG PRU14

on Sunday, August 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin bahawa Johor merupakan platform terbaik untuk meluaskan pengaruh dan dasar perjuangannya.

Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata demikian apabila diminta mengulas tentang prospek gerakan tersebut di negeri yang dianggap sebagai kubu kuat UMNO.

"Johor begitu berpotensi, baik untuk Pakatan Rakyat baharu bersama GHB untuk menang dalam pilihan raya akan datang kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Perubahan sikap rakyat Johor begitu ketara sekali. Ini pula ditambah dengan pergolakan politik terutamanya selepas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin (daripada Kabinet)," kata Mohamad yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu.

Tambahnya, generasi muda Johor yang bekerja di Kuala Lumpur, Singapura dan di luar negeri mula mahukan perubahan.



** kalau segelintir ahli2 UMNO Johor masih lagi marah tindakan Presiden UMNO kerana gugurkan TSMY dari kabinet dah mahu  mengkhianati parti ..tak mustahil negeri tempat parti dilahirkan akan ditawan DAP !


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.