..

..

Mana suara Rafizi dan Tony Pua dalam Isu DEIG RM30 billion ??

on Tuesday, August 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




SHAH ALAM - Setiausaha ADUN BN Selangor, Budiman Mohd Zohdi mengajak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya menyatakan pendirian mereka tentang penubuhan syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang kini berdepan dengan skandal RM 30 bilion.

 “Mereka selalu berbicara tentang ketelusan dan akauntiiliti, sedangkan ketelusan yang sebenar perlu melangkaui soal politik dan kepartian.” Budiman berkata sehingga kini kedua-dua tokoh politik daripada parti pembangkang itu masih menutup mulut daripada membicarakan tentang DEIG. “Percakapan beRdolak dalik dan tidak menjawab persoalan sebenar hanya akan menimbulkan lebih banyak persepsi negatif.”

 Kata Budiman dalam kenyataan media hari ini. Sebelum itu Budiman mempersoalkan tentang perlantikan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DEIG dan Ketua Pegawai Operasi MBI/DEIG (COO) yang tidak dilakukan melalui proses lantikan terbuka. “Pernyata Jawatankuasa Pilihan mengenai agensi badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri (JP-ABAS) bagi Dewan Negeri Selangor mendapati perlantikan jawatan penting tersebut tidak dilakukan melalui proses lantikan terbuka.,”

 “Adakah CEO dan COO ini mempunyai track record terbaik seperti yang di war-warkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali?” soal beliau Budiman turut mempersoalkan tentang status DEIG yang katanya masih belum beroperasi dan hanya akan beroperai pada suku tahun pertama 2016.

 “Isunya adakah benar seperti didakwa Azmin Ali bahawa syarikat itu masih belum beroperasi?” katanya.

 Terdahulu, kebimbangan utama mengenai DEIG adalah status asetnya, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diurus oleh DEIG (Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965) dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan, DEIG berpotensi untuk melarikan aset MBI milik kerajaan Selangor yang berjumlah RM 30 bilion.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Mereka semua sama kaki.penyamun cuma beza sarong luar saja.

    WTF....

  2. IBU TIJA says:

    Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.