..

..

MALAYSIAKINI PORTAL NO 1 PUTAR ALAM , 3 KALI TERPAKSA MENIPU

on Tuesday, August 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Otak macai2 PR jadi 3 suku sebab dok baca portal putar belit sampah  Malaysiakini la . Punya la nak spin bela PKR , tajuk beritanya berubah2 walhal yang sebenar ialah Saifuddin kaki fitnah yang mohon maaf kepada TS Khalid Ibrahim .

Ini satu contoh artikel putar belit dan spin dan sebenarnya banyak lagi mereka dok buat setiap hari mengelirukan rakyat daripada cerita sebenar .



Kes saman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkaitan laporan mengenai isu Menteri Besar Selangor diselesaikan dengan baik selepas bekas Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf kepada Abdul Khalid di Mahkamah Tinggi di sini.

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan oleh Saifuddin yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR dan direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan.

Abdul Khalid diwakili oleh peguam Edmund Bon manakala Saifuddin diwakili oleh peguam Wiliam Leong.

Kes itu sebelum ini ditetapkan untuk perbicaraan bermula Selasa lepas.

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada dalam senarai saksi pihak defendan turut hadir di mahkamah hari ini.

Pada 18 Ogos tahun lepas, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR (ketika saman difailkan) berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 14 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah bekas menteri besar itu.

Selain menuntut ganti rugi, Abdul Khalid memohon perintah menghalang Saifuddin atau wakilnya, pekerjanya dan kakitangannya daripada menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebabkan perkataan yang memfitnah beliau (Abdul Khalid). – BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.