..

..

LUAHAN HATI ANAK LELAKI NAJIB SERANGAN FITNAH TERHADAP BAPANYA

on Tuesday, August 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketika negara berhadapan pelbagai kemelut hari ini, anak lelaki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Naziffuddin Najib menyifatkan serangan peribadi ke atas bapanya bukan sahaja memberi kesan terhadap bapanya malah akan menyebabkan rakyat menderita.

 Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap semua serangan berterusan oleh pelbagai pihak terhadap bapanya yang boleh merugikan negara.

 "Ketidakpercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri."

 "Ini kerana pelabur-pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil, sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia selepas merasmikan Cafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur, semalam.

 Menurut Nazifuddin, fitnah dan tohmahan itu juga dilihat sebagai rancangan daripada pihak berkepentingan yang mahu menjatuhkan reputasi bapanya sebagai Perdana Menteri.

 "Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak memperbaik keadaan, sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek, seterusnya kita sendiri yang akan terkesan." 

"Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang," katanya. Memetik kenyataan Najib yang merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak semalam,

"Saya diserang bukan kerana saya Najib, tapi kerana saya Presiden UMNO."

 Justeru, beliau mengajak semua ahli UMNO agar tidak terpedaya dengan agenda pembangkang yang hanya mahu melemahkan parti keramat Melayu itu. -


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.