..

..

KE MANA HILANG RM7.65 BILION DUIT RAKYAT ??

on Wednesday, August 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




MENTERI Besar, Mohamed Azmin Ali digesa beri penjelasan berkaitan kos pengambilalihan industri air Selangor. 

Desakan itu dibuat pendahulunya, Tan Sri Abdul Khalid yang mendakwa keterangan Azmin pada sidang Dun kelmarin hanya membabitkan ko RM2 bilion dari jumlah keseluruhan RM9.65 bilion. Katanya, penjelasan berkaitan RM7.65 bilion itu penting keran dikhuatiri akan menyebabkan tarif air negeri ini meningkat. 

"Menteri Besar perlu jelaskan. RM7.65 bilion itu penting untuk kita tahu kerana ia membabitkan kos pengambilalihan. Saya takut jika tidak dijelaskan, kos itu sebenarnya meningkat sekali gus harga air naik bagi membayar hutang pinjaman," katanya ketika ditemui di lobi Dun, semalam. Beliau turut meminta kerajaan negeri mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga Holding Sdn Bhd bagi mengelakkan pekerja tertunggu-tunggu selain timbulnya arahan yang tidak tepat mengenai perkhidmatan air. 

"Mengikut kiraan, sekiranya kos pengambilalihan adalah RM9.6 bilion, ia akan dapat mengatasi masalah pengurusan mengurangkan air tidak terhasil (NRW). Perkara ini tak akan timbulkan isu kenaikan harga air termasuk air percuma," katanya. 
Pada hari pertama Sidang Dun kelmarin, Azmin ketika sesi soal jawab berkata, tarif air di Selangor mungkin dinaikkan selepas pemeteraian perjanjian utama industri air, berikutan jangkaan kos yang di tanggung oleh anak syarikat kerajaan negeri, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Katanya, untuk jangka panjang, perjanjian yang dimuktamadkan melibatkan kos proses penstrukturan untuk pastikan perkhidmatan air yang berkualiti. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.