..

..

JIKA ANWAR JADI PM , MALAYSIA MAMPU DISELAMATKAN - KIT SIANG

on Monday, August 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Anwar Ibrahim tetap menjadi pilihan Lim Kit Siang serta wakil-wakil cina DAP untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti. Walaupun Anwar disabitkan dengan pelbagai kesalahan dan merupakan bekas banduan, itu tak menjadi masalah bagi DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata gabungan pembangkang yang akan terus menyokong Anwar sebagai bakal Perdana Menteri bagi pilihanraya umum ke-14 akan datang.

“Jika Anwar yang menjadi Perdana Menteri Malaysia sekarang, negara tidak akan dilanda krisis politik, ekonomi dan kepimpinan seperti yang berlaku pada masa ini,” katanya di majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Pulau Pinang di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menggariskan enam bencana yang tidak akan menimpa Malaysia berlaku jika Anwar adalah Perdana Menteri:

Pertama, tidak akan berlaku krisis 1MDB yang mana sejak lima tahun lalu telah menghakis keyakinan ekonomi nasional dan antarabangsa serta iklim pelaburan di Malaysia.

Kedua, tidak akan berlaku skandal wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, sama ada daripada 1MDB atau sumber lain, kerana Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dengan jelas mentakrifkan “derma” sebagai satu bentuk suapan rasuah untuk mendapat balasan kecuali dibuktikan sebaliknya.

Ketiga, tidak akan wujud Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah membebankan rakyat, peniaga kecil dan usahawan yang menyebabkan jualan Hari Raya tahun ini jatuh sehingga 50%, malah ada yang terpaksa tutup kedai.

Keempat, keyakinan ekonomi tidak akan merudum sehingga menjatuhkan nilai ringgit kepada tahap paling lemah sejak 1998.

Kelima, krisis ekonomi tidak akan jatuh teruk di mana rizab pertukaran asing Malaysia telah merudum di bawah USD100 bilion (RM392 bilion) untuk kali pertama sejak 2010.

Keenam, kerajaan dan negara tidak akan retak teruk dan berpecah-belah di mana rakyat dan warga dunia telah menyaksikan “kegilaan sembilan hari di Putrajaya” di mana “perang” telah berlaku di antara polis dan SPRM.

Menurut Kit Siang, memang rakyat dan negara rugi kerana Anwar bukan Perdana Menteri, sebaliknya beliau terpaksa meringkuk di dalam Penjara Sungai Buloh.

Katanya, pelbagai usaha,termasuk reformasi melawan korupsi, menghidupkan pentadbiran berasaskan undang-undang, memastikan kebebasan dan integriti institusi nasional, menyokong media bebas, mengukuhkan pentadbiran baik, perlu dilaksanakan bagi memulihkan reputasi Malaysia. sumber 


4 Responses

  1. Anonymous says:

    LKS kata peniaga rugi ketika sambutan hari raya... sebab melayu tak ada bajet nak kayakan tokeh-tokeh cina... Bagus... pi beli kat peniaga muslim.

  2. Anonymous says:

    Hahaha..nak termuntah aku..puiihh

  3. Anonymous says:

    Jualan hari raya jatuh 50%! Peniaga Cina la yang jatuh. Peniaga lain ok je. Mana tak jatuh kuih raya import dari China tapi chap tanda halal.Handphone tiruan orang dah x nak beli. Barang dari CHina semua tiruan. belum jual dah rosak.

  4. Anonymous says:

    Ada satu lagi yg kit siang lupa klu aljuboori jadi PM mesia selamat....semua jubo2 jantan di mesia pun selamat dikorbankan kikikiki...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.