..

..

IGP IKRAR TERUS PERTAHAN KEPIMPINAN KERAJAAN & PERDANA MENTERI DIPILIH RAKYAT

on Sunday, August 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




GEORGETOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempertahankan kepimpinan kerajaan yang sedia ada pada hari ini kerana ia dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
  
Beliau berkata, PDRM sebagai tiang yang mempertahankan kestabilan negara tidak boleh goyah dan mudah dimanipulasi kerana ketika ini terdapat ancaman yang mampu menggugat kestabilan negara melalui penyebaran maklumat tidak tepat di laman sosial.
  
"PDRM akan kekal menghormati kerajaan yang telah dipilih mengikut kehendak rakyat hari ini, kami akan menghormati pilihan rakyat dan bersama-sama memastikan kerajaan yang dilantik mengikut perlembagaan diletak di tempat yang sepatutnya.
  
"Adalah menjadi tanggungjawab polis dalam memastikan kerajaan yang dipilih rakyat ini kekal memerintah negara dan perdana menteri yang dipilih perlu diberi penghormatan yang sepatutnya," katanya semasa berucap pada Majlis Mesra sempena Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara di Kontijen Polis Pulau Pinang, di sini malam ini.
  
Beliau berkata, PDRM juga akan menyokong polisi dan dasar Perdana Menteri, ‎ Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri yang dilantik serta akan terus setia kepada Yang di-Pertuan Agong dalam mempertahankan keharmonian negara.

Khalid berkata, PDRM merupakan satu daripada tonggak kerajaan dan negara akan pincang jika pihaknya tidak menjunjung apa jua yang diperuntukkan dalam perlembagaan dan undang-undang negara.
  
"Kami tidak akan sekali-kali benarkan negara kita dalam keadaan pincang ...PDRM adalah tonggak utama negara dan kami sentiasa mematuhi apa jua yang telah diperintahkan oleh undang-undang negara," katanya.
  
Beliau berkata,  PDRM juga tidak menghalang sesiapa sahaja yang mahukan pertukaran kerajaan tetapi perlu mengikut perlembagaan dan cara yang betul. - Bernama


3 Responses

  1. Anonymous says:

    PDRM ni nak mempertahankan undang-undang ke nak mempertahankan pemimpin yang x semestinya bersih? silap konsep PDRM ni..kalau pemimpin tu buat salah pun nak kena petahankan ker? kemana perginya kedaulatan undang-undang..adakah menjaga pemimpin mengatasi mempertahankan kedaulatan undang-undang?
    Rasanya sudah sampai masanya PDRM ni diletakkan terus bawah YDP Agong supaya menjadi lebih bebas...

  2. Anonymous says:

    kalau macam ni semua wakil rakyat tak boleh di dakwa di mahkamah lah kalau buat kesalahan, sebab di pilih melalui pilihanraya demokerasi

  3. Anonymous says:

    Selama ini rakyat telah diperbodohkan oleh anasir-anasir subversif yang begitu agresif untuk menjatuhkan pemimpin yang telah dipilih melalui demokrasi.

    Sejak Anwar masuk kedalam mereka lebih ligat menjalankan kegiatan anti kerajaan. Mereka hanya menyalahkan pihak PDRM sekiranya kenyataan-kenyataan itu nampak menyokong kerajaan termasuklah keputusan mahkamah.

    Namun Rakyat tidak boleh diperbodohkan setiap waktu. Dalam kes Anwar berapa lama diambil oleh pihak Pembangkan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

    Mana hak mangsa, lebih-lebih lagi hak asasi manusia. Kenapa jika seorang itu bernama Teoh habis semua keturunannya digerakan oleh pembangkang. Apa yang pembangkang tak tuduh SPRM waktu itu termasuklah sebagai anjing kerajaan.

    SPRM pun satu jika polis bertindak kerana perlu siasat kebocoran maklumat dah melenting tak tentu fasal. Jika dalam satu kandang itu cuma ada 3 ekor kerbau mudah untuk tahu kerbau mana yang berak paling tidak angkat ekor dah tahu yang mana palit najis.

    Tapi ini bukan kerbau manusia, manusia yang ligat menggunakan akal. Sekiranya pihak penyiasat mendapati bahawa kebocoran itu bukan datang dari para pegawai in,i maka kewibawaan dan intergriti SPRM pasti akan dihurmati.

    Namun pihak pegawai2 yang terlibat begitu cepat melatah, maka syaitan2 penghasut manusia pun melompat riag kerana tugas mereka menghasut anak Adam itu dipermudahkan.

    Sebagai Pegawai Tinggi dalam Pentadbiran Kerajaan anda gagal mengawal emosi. Anda sepatutnya lebih berpengalaman dan lebih matang dalam bertindak. Kenyataan dan tindakan anda dalam situasi ini mencerminkan keperibadian anda gelojoh.

    Sebab itulah bezanya anda dengan Perdana Menteri sangat ketara. PM diasak begitu hebat oleh kawan dan lawan namun ketenangan dan kesabarannya dalam mengambil tindakan keatas musuh-musuhnya telah membuat dia lebih yakin dan gagah.

    Sesungguhnya Mahathir pun tak segagah Najib. Tak perlulah para anasir-anasir subversif nak putar kenyataan tentang perkara ini.

    Malaysia masih perlukan Pemimpin yang tenang. Bukan seorang pemimpin yang gelojoh depan belakang habis disondol.

    Teruskan PM Najib Allah swt bersama kamu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.