..

..

GUAN ENG TAK #SEHATISEJIWA PUNCA KEKALUTAN SAMBUTAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN @dzainalabidin

on Tuesday, August 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan 2015

1. Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan negara tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Keputusan awal Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menggunakan "BERSIH" sebagai tema sambutannya adalah berniat jahat dan berbaur politik murahan bilamana gerakan BERSIH 4.0 juga turut merancang untuk mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur semasa sambutan Hari Kemerdekaan. Perubahan kepada tema "Bersih, Cekap dan Amanah" dibuat hanya setelah tema awal Kerajaan Negeri dikritik hebat oleh beberapa pihak.

2. Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, ia seharusnya menumpukan perhatian dalam memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan di kalangan rakyat, bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat dan bukannya senantiasa berpolitik mengapi-apikan pertembungan dan perbalahan dengan kerajaan Persekutuan yang akan merugikan dan menyusahkan rakyat Pulau Pinang. Setiap tahun sejak 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan sikap tidak mahu sehaluan dan bersama Kerajaan Persekutuan dalam menyambut hari ulangtahun Kemerdekaan negara dengan memilih untuk menggunakan tema yang berbeza dengan tema sambutan yang dipersetujui di peringkat Persekutuan.

3. Majlis Tindakan Persekutuan pagi tadi telah mengeluarkan arahan kepada semua jabatan, agensi, GLCs dan badan-badan berkanun Persekutuan untuk tidak menyertai acara perarakan Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan anjuran kerajaan negeri sekiranya tema yang digunapakai kerajaan negeri tidak sama dengan tema yang dipersetujui di peringkat Persekutuan.

4. Kita mendapat maklum bahawa Kerajaan Pulau Pinang pada hari ini telah menarik balik keputusan menggunakan tema "Bersih, Cekap dan Amanah" untuk sambutan Hari Kemerdekaan kerajaan negeri dan bersetuju untuk menggunakan tema "Sehati Sejiwa" yang menjadi tema rasmi di peringkat Persekutuan. Kita juga dimaklumkan keputusan kerajaan negeri ini dibuat setelah Jabatan-jabatan dan agensi-agensi Persekutuan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat keputusan untuk tidak menyertai perarakan sambutan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

5. Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng boleh berjiwa besar dari awal dan bersama menggunakan tema yang dipersetujui di peringkat Persekutuan semua masalah ini tidak akan timbul. Amat malang bagi rakyat Pulau Pinang yang memperoleh seorang Ketua Menteri yang terus mengamalkan "politik jalanan" murahan walaupun sudah lebih 8 tahun menerajui kerajaan negeri dan bergelar Ketua Menteri.

6. Apakah terlaku sukar untuk Lim Guan Eng "Sehati Sejiwa" bersama 30 juta orang rakyat Malaysia yang lain dalam menyambut hari kebangsaaan negara kita ?

Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang
Isnin 24 Ogos 2015


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.