..

..

FAKTA EKONOMI MALAYSIA & MATAWANG 2015 LEBIH BAIK BERBANDING 1998

on Thursday, August 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




EKONOMI MALAYSIA LEBIH BAIK 2015 BERBANDING 1998
Penurunan nilai ringgit berbanding dollar Amerika dalam masa sebulan dua ini membimbangkan banyak pihak sehingga dijadikan alasan bagi mendesak YAB Perdana Menteri meletakkan jawatan.
2. Maka lahirlah pakar-pakar kewangan dan ekonomi segera di alam maya yang mengulas dan mengupas isu ini.
3. Realitinya, saya belum menemui satu pandangan dari mana-mana pakar kewangan dan ekonomi dunia yang mengatakan halatuju ekonomi dan pentadbiran Malaysia tersasar dari landasan atau berada dalam keadaan teruk.
4. Jika kita meneliti laporan-laporan International Monetary Fund dan World Bank, tahun-tahun 2015 hingga 2020 merupakan tahun-tahun kritikal pertumbuhan dan pembangunan ekonomi serta kewangan dunia. Di percayai tiga buah negara akan kekal stabil atau mampu menanganinya dengan baik, iaitu Republik Rakyat China, Chile dan MALAYSIA.
5. Berbalik kepada krisis penurunan ringgit, banyak data dan fakta menunjukkan bahawa pengukuhan dollar Amerika telah memberi kesan negatif kejatuhan mata wang yang jauh lebih teruk kepada negara-negara seperti Singapura, China, Thailand, Filipina, Russia dan banyak lagi.
6. Dengan asas ekonomi yang kukuh pada masa ini, Malaysia masih mampu bertahan dengan sistem ekonomi sediada berbanding pada krisis kewangan Julai 1997/November 1998.
7. Perbandingan kadar tukaran asing RM 4.88 berbanding 1USD pada tahun tersebut (sekarang 1RM bersamaan 4.0USD) di samping kadar faedah setinggi 13.5% membuktikannya. Kita masih lagi menikmati kadar faedah bank setinggi 4.57% pada masa ini.
8. Rezab simpanan Bank Negara Malaysia pada ketika ini mampu bertahan sehingga 7.6 bulan terkehadapan dan bersedia untuk dicairkan pada bulan kelapan atau seterusnya berbanding dengan China, Singapura dan lain-lain negara yang sudah pun mencairkan rezab mereka bagi mengekalkan nilai matawang masing-masing.
9. Bayangkan dengan kekuatan rezab tunai setakat 2.6 bulan sahaja pada 1998, puluhan ribu pekerja dibuang, pengangguran mahasiswa sekitar enam puluh ribu orang dan ratusan syarikat -syarikat besar bertaraf Multinational Corporations (MNC's) terpaksa gulung tikar atau memindahkan operasi mereka ke negara-negara jiran pada masa itu. Situasi sebegini tidak berlaku di Malaysia buat masa ini.
Saya sangat berharap agar sahabat-sahabat dapat menilai tekad dan iltizam kepimpinan negara untuk terus keluar dari kemelut ekonomi dunia yang tidak sihat ini dengan memberikan sokongan sepenuhnya dan kritikan membina demi kemajuan dan pembangunan negara menuju sebuah negara maju mengikut acuan sendiri menjelang 2020.
Hazudin Hashim
Yang Di Pertua
Majlis Perbandaran Jasin, Melaka
13 November 2015


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Maknanya tak payah buat apa-apa le. Tunggu sehingga nilainya naik balik.

  2. Anonymous says:

    Apa nak buat...mereka lebih suka mendengar yg keburukan daripada kebaikan...yg malang rakyat yg tak pandai2 menilakan yg mana betul dah salah...apa kerajaan buat semua salah..

  3. Anonymous says:

    Satu lagi fakta yang bangkai2 pr tak tahu, atau buat2 xtau.... Indeks bskl tahun 1997-1998 pernah jatuh sehingga 200++ mata. Itupun Lim Kit Siang masih kata Menteri Kewangan waktu tu orang yang paling bijak dalam dunia ni... Kepala bu!:;h dia...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.