..

..

DANA POLITIK TIDAK SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA - NAZRI

on Wednesday, August 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyatakan sumbangan wang parti politik yang diterima oleh penderma untuk pilihan raya adalah tidak menjadi kesalahan dari sudut undang-undang.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, semua parti politik menerima wang derma untuk membiayai pilihan raya, malah sumbangan syarikat-syarikat kepada parti merupakan amalan dan perkara biasa serta bukan satu rasuah.

Menurut beliau, adalah amat mustahil parti-parti politik atau individu yang bertanding dapat menyediakan wang sebanyak itu kerana kos untuk menghadapi pilihan raya sememangnya melibatkan jutaan ringgit.

"Saya nak ingatkan di sini, mana-mana parti politik, jangan nak tipu bahawa mereka tidak menerima sumbangan daripada penyumbang-pe­nyumbang. Kalau mereka tak main duit, tak terima sumbangan, mana mereka nak dapat tiga atau empat juta nak bayar deposit untuk bertanding pilihan raya. Bukannya bayaran seratus dua ratus ringgit, tetapi berjuta."

"Saya bagi contoh, kalau kita bertanding pilihan raya, kalau bertan­ding 100 kerusi Parlimen dan setiap calon kena bagi deposit RM5,000. Itu kalau bertanding di peringkat kerusi Parlimen. Kalau bertanding di (kerusi) Dewan Undangan Negeri, lagi banyak kos dan melibatkan jutaan ringgit.



 Ini bermakna, setiap kali kita ada pilihan raya, parti-parti politik terpaksa mengeluarkan wang berjuta untuk membayar deposit untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perisytiharan wa­risan Kebangsaan di Muzium Negara, di Kuala Lumpur. 

Turut hadir sama, Timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin; Menteri Besar Selangor, Azmin Ali; Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Dr. Zainah Ibrahim dan Pengerusi Jawatan kuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, sebaik-baiknya wang derma politik diletakkan ke dalam akaun bank tempatan yang dianggap lebih terbuka dan telus memandangkan urusan bank tempatan lebih berurusan dengan hanya membuat panggilan dan menekan butang transaksi selain dapat mencetak rekod urusniaga.

"Cuma, perlu berhati-hati. Ja­ngan ada elemen rasuah dalam pemberian wang derma politik. Setiap orang bebas untuk memberi derma kepada parti politik. Mana-mana pihak tidak boleh berasa bersalah untuk mengambil tindakan itu. Tidak ada mana-mana parti yang bersih dan berkata bahawa mereka tidak mengambil wang derma," ujarnya.

Tambahnya, beliau menyokong dan bersetuju sepertimana sistem di Amerika Syarikat yang menguatkuasakan undang-undang membenarkan penyumbang-pe­nyumbang dana politik didaftarkan.

"Saya menyokong sekiranya kita di sini juga mempunyai undang-undang seumpamanya. Ada penyumbang yang bagi derma dalam akaun parti dan hal itu sah dari sudut undang-undang," ujarnya.

Mohamed Nazri ketika ditanya mengenai isu dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, beliau menjawab, meskipun SPRM bebas menjalankan tanggungjawab masing-masing, namun mereka tidak boleh mengatasi undang-undang.

"Kalau nak siasat tidak apa-apa. Tetapi kalau guna maklumat dan maklumat itu sampai ke pihak tertentu atas tujuan lain dan ada elemen menjatuhkan pentadbiran kerajaan, itu sudah berada di luar penyiasatan. Jika mengeluarkan rahsia dan maklumat yang tidak sepatutnya dikeluarkan, itu sudah melanggar undang-undang," ujar­nya. 


One Response

  1. Anonymous says:

    macamana ko tahu itu duit dana politik...entah apa duit menang nombor tak..lu pusing ikut mana rakyat dah tak caya...jgn sebut pasal undang2lah kalau duit masuk pun tak ikut peraturan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.