..

..

DALANG BOO AHMAD MASLAN DI PONTIAN ADALAH PENYOKONG MUHYIDDIN

on Monday, August 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Nampaknya kemelut jiwa bekas Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin semakin membarah apabila secara berterusan mengelirukan pemikiran ahli-ahli Umno khususnya di Johor. Muhyiddin yang sebelum ini berikrar dihadapan media bahawa akan terus berjuang untuk parti, rupanya hanya sandiwara.

Walaupun sudah banyak penjelasan yang dibuat dan banyak persoalan sudah dijawab secara umum ataupun ekslusif, Muhyiddin dilihat masih sengaja menghasut ahli-ahli Umno agar berbelah bagi kepercayaan terhadap Presiden parti.

Petang tadi, sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Pontian, Muhyiddin sengaja melakukan provokasi terhadap Timbalan Ketua Bahagian yang juga Menteri kabinet, Ahmad Maslan. Mungkin Muhyiddin berasa puas apabila mendengar Menteri melayu tersebut di Boo oleh orang ramai.

Muhyiddin juga mungkin berasa sangat seronok apabila media pembangkang menjadikan cerita pemimpin Umno kena Boo sebagai tajuk utama media mereka untuk disebarkan ke seluruh negara. Inikah perjuangan yang Muhyiddin banggakan untuk parti Umno?

Malang bagi Muhyiddin, perancangannya untuk membuat persepsi bahawa ahli-ahli Umno Pontian menolak Ahmad Maslan kantoi juga akhirnya.

Ahli-ahli Umno di Pontian sendiri mendedahkan bahawa suara-suara Boo didalam dewan mesyuarat tersebut dilakukan oleh orang-orang Muhyiddin yang datang bersamanya dari Pagoh. "Tentera Upahan" Muhyiddin tersebut sengaja dibawa untuk menunjukkan Muhyiddin disayangi oleh rakyat dan juga untuk memalukan Ahmad Maslan.

Inilah permainan politik jijik yang sedang dilakukan untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia. Seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi semalam, memang ada komplot dari pemimpin Umno sendiri yang mahu menggulingkan kerajaan Malaysia.

Semuanya sudah menjadi gila kuasa hanya untuk menguasai Dana politik serta tampuk pemerintahan Malaysia yang kukuh dibawah pentadbiran Umno. Mereka-mereka ini menjadi semakin gila apabila ada pihak-pihak belakang tabir menjanjikan pelbagai imbuhan untuk menjatuhkan kerajaan.

Muhyiddin, Khairy, Shafie, Mukhriz dan bapanya kini semakin giat mengadu domba seluruh rakyat Malaysia menerusi media-media pembangkang diatas alasan mahu memperjuangkan parti Melayu Umno. Hanya orang waras sahaja yang nampak strategi politik jahat mereka-mereka ini.

Kita tunggu dan lihat, apakah Allah redha Perdana Menteri Malaysia dijatuhkan dengan cara begini, ataupun Tuhan sikit hari lagi akan tunjukkan siapa mereka-mereka yang sebenarnya perngkhianat bangsa melayu! - Big B/Utaranews.com


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Ada juga penyokong tokoh tertentu yang tidak puas hati walapun penerangan telah dibuat oleh tokoh berkenaan. Ada juga yg menangguk di air keruh...pembangkang tetap pembangkang, ada aje la strategi mereka untuk hancurkan dari dalam...

  2. Ahaiiii....putar la selagi boleh.

    Menarik utk direnung, Datuk Shahrir (org Johor tu) mengaku terima RM 1 juta dari Najib, maknanya ada baki RM 2.599 b lagi.

    Nama Ahmad Maslan pun ada, tp duit masyuk lebih sikit, begitu juga si Mas puteri kita tu.

    Sebab pe menarik, sebab yg dedahkan Sarawakreport, .....yg dah dilunyai KDN

    Pengakuan Shahrir membawa pertanyaan, Sarawakreport ni, adakah digantung kerana laporan palsu atau benar.

    Semalam dlm Thestar pun ada sebut dan kait nama akhbar ini dgn waran terhadap Najib. Tergagap jugak brader kita nak jawab.

    SPRM dah boleh buat checklist, betul ke 1 juta ni masuk akaun persatuan
    Almaklumlah, ahli2nya kaya2 beb, bekas2 VVIP belaka
    Kena jugak tgk 'kembara' 1 juta ni, ish ish manalah tau

    Peliknya, Harakah, Suara Keadilan, Roket dah puluhan tahun tabur fitnah dan menghasut....kena dgn KDN suam2 kuku je

    The Edge, Sarawakreport dan WSJ...kena kaw2 beb.

    Aku agak kalau dema tukar nama akhbar jadi Bucu meja, Kupu2 Lalok, Halkum Tersepit, Wak Suka Jilat ke...mesti tak kena ban....ooppsss
    Bantai!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.