..

..

BEKAS ORANG KANAN DAP DEDAHKAN DANA ASING MASUK SEJAK 2008

on Friday, August 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


DAP kalau kena batang hidung mereka , cepat2 sahaja  nafikan dengan cara menipu terutama dalam isu dana politik .  

Mereka kini mempunyai bangunan sendiri malah kempen2 pilihanraya  mereka menggunakan slogan UBAH melalui media cetak , elektronik cukup hebat .

Dalam isu 1MDB , mereka menuduh PM songlap duit itu untuk dana pilihanraya tetapi SPRM sahkan ia bukan dari syarikat itu .  Bila gagal fitnah mereka alihkan pulak persoakan penderma dari Timur Tengah kepada Najib . 

Ikuti pendedahan Mohamed Razali Bin Abd Rahman bekas orang kanan DAP menceritakan tentang Dana Politik yang diperolehi oleh Parti DAP. Rakaman ini mendedahkan sumber Dana DAP yang dikatakan daripada negara-negara United Kingdom, Belanda, Sweeden, Australia dan US. Mereka turut mendapatkan Dana Politik daripada sumber dalaman negara para kontraktor, kongsi gelap dan rumah urut




KENYATAAN Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya dalam portal Malaysia Kini hari ini memang meragukan. Hal ini kerana terdapat percanggahan maklumat dengan kenyataan bekas orang kanan DAP, Mohamed Razali Bin Abd Rahman yang mendakwa DAP sememangnya menerima dana dari negara luar sejak dari tahun 2008 lagi. 
“DAP terlalu berahsia tentang dana politik yang diperoleh mereka sedangkan banyak dana politik mereka datang dari negara-negara eropah, seperti Belanda, Sweden, United Kingdom selain Australia, Amerika Syarikat, seingat saya dalam 7-8 negara” Ujar Mohamed Razali. 
Mohamed Razali berkata DAP tidak menggunakan akaun parti sendiri tetapi menggunakan proksi untuk menyalurkan dana politik tersebut supaya tidak dapat dikesan Bank Negara dengan mudah.
“Mereka menyalurkan wang tersebut secara sedikit demi sedikit agar sukar dikesan dan proksi tersebut tahu bila masa yang sesuai dan selamat untuk memasukkan wang tersebut.” 
Dengan menggunakan proksi, memang sukar untuk mengesan sebarang perkaitan antara mereka. Patutlah Kit Siang begitu berani berkata jika DAP telah menerima hanya satu ringgit pun dana asing, mereka akan dituduh sebagai ejen dan alat kuasa asing. 
Mohamed Razali berkata beliau sendiri terkejut melihat orang asing yang tidak pernah dilihat sebelum ini tiba-tiba muncul di ibu pejabat DAP pada 2008. 
“Tiba-tiba selepas 2008 DAP menjadi sebuah parti yang mempunyai kewangan yang terlalu kukuh, contohnya DAP hanya memerlukan dua tahun bagi membina bangunan ibu-pejabat negeri di Pulau Pinang, sedangkan Gerakan dulu ambil masa 12 tahun untuk bina ibu pejabat mereka .” katanya dalam satu temubual. 
Ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan jumlah dana asing yang diterima oleh Umno dan BN semasa kempen pilihan raya umum lepas namun dana DAP sendiri dari luar negara dinafikan bermati-matian. Dimana keikhlasan DAP? 
sumber :KL Xpress


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.