..

..

ANWAR HANYA TAHANAN PENJARA , TAK LAYAK DAPAT LAYANAN ISTIMEWA

on Friday, August 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak mendapat layanan istimewa tambahan dia adalah tahanan penjara sekarang.

Menurut sebuah blog, Mykmu.net, tindakan Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang itu acapkali mendakwa seolah-olah kerajaan mengetepikan haknya adalah tidak berasas sama sekali.

"Dakwaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan mendera keluarganya kerana menghalang anaknya berjumpa beliau sangat tidak masuk akal dan bersifat kebudak-budakkan.

"Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa sekarang ini dia seorang banduan yang telah didapati bersalah kerana meliwat pegawainya dan sekarang menjalani hukuman penjara,  bukannya seorang tahanan politik atau individu biasa yang bebas berjumpa dan bertemu sesiapa sahaja," petik laporan portal berita tersebut.

Mykmu.net turut menyelar tindakan Anwar yang baru-baru ini mendakwa kerajaan mendera keluarganya sedangkan dalam masa yang sama Anwar masih pegang status sebagai banduan penjara.

"Anwar boleh memainkan emosi pengikutnya dengan mendakwa kerajaan mendera (abuse) keluarganya. Namun hakikatnya, beliau mendapat pelbagai keistimewaan termasuk satu-satunya banduan yang bebas membuat kenyataan media dan sekali sekala masih “boleh keluar” penjara atas alasan ada kes di mahkamah.

"Sebagai banduan Anwar perlu mengikut peraturan penjara bukannya sesuka hati mengaturkan pertemuan dan perjumpaan seolah-olah beliau sedang bercuti," petik laporan portal berita itu lagi.

Kelmarin Anwar merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak mengetatkan urusan pertemuan beliau dengan keluarga serta peguam beliau.

Anwar turut merayu supaya kerajaan tidak mendera keluarganya apabila sukar bertemu dengannya, walaupun beliau "tiada masalah" jika ia diperlakukan ke atas dirinya.

"Saya minta pertimbangan Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.

"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.

"Saya minta Datuk Seri Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR. 


One Response

  1. Anonymous says:

    Kancah lu la NUAR ALJUBURI..SIAL

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.