..

..

ADAKAH NAJIB JAWAB SINIS SOALAN MUHYIDDIN SOAL MANA BAKI RM2.6 BILLION ??

on Sunday, August 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Ucapan Najib di Kepala Batas hari ini jelas memberi jawapan sinis kepada TS Muhyiddin Yassin yang terus menghentam Presiden parti dalam isu dana politik RM2.6billion yang mempersoalkan bakinya semalam di Kemaman.
Malah Najib membandingkan dirinya ketika menjadi Timb Presiden langsung tidak menyoal Pak Lah kerana tahu itu urusan Presiden parti . 




KEPALA BATAS: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata dana politik yang diterima adalah hak eksklusif presiden dan bendahari parti dan tidak dibincangkan secara terbuka.
Beliau berkata malah perkara berkaitan dana politik tidak pernah dibincang dalam perjumpaan tertutup parti dan majlis tertinggi UMNO.

"Waktu saya jadi timbalan Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya tidak pernah menyoal Pak Lah. Saya tahu itu adalah urusan presiden parti.
"Sampai sahaja pilihan raya fulus (duit) cukup, itu saja yang kita nak tahu ... bagaimana presiden dapat dana, siapa bagi sumbangan itu hak budi bicara presiden. Kenapa pula nak dipersoalkan waktu saya jadi presiden parti," katanya.
Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini, Perdana Menteri berkata selaku presiden UMNO beliau mengamalkan prinsip yang sama dengan presiden parti terdahulu.
"Apa yang saya buat adalah untuk kepentingan parti dan bukan untuk peribadi ... apa yang saya buat tidak menyalahi undang-undang negara," katanya.
Najib berkata sepanjang menjadi timbalan kepada Abdullah, beliau tidak pernah menyoal bekas presiden UMNO itu atas urusan-urusan yang diketahui menjadi hak dan budi bicara presiden parti.

Pak Lah & UMNO P.Pinang bersama PM ...


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Aku syak rakyat dari BUMIPUTERA Islam/Melayu diPERANGKAP dgn. permainan-plg-KEJI tapi amat LICIK si puak PENGKHIANAT ni semua - depa akan terus KEKAL dgn. pangkat depa dan dapat terus mara utk. TAWAN lebih banyak KUASA lagi dari dan dlm. UMNO; dgn. strategi-dajal MENGANIAYA YAB PM kita serta isteri, DS Rosmah Mansor, dan seluruh KETURUNAN beliau termasuk menghancurkan LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda YAB PM, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita!!!

    Kerana kalau puak DALANG nak diPECAT/diSIASAT mulai sekarg. hingga ke pilihanraya akan dtg, YAB PM kita akan terus diFITNAH dgn. pelbagai isu lagi termasuk FITNAH berkaitan IMDB, derma parti, SPRMlah dll; maka KUASA puak DALANG ni berjaya diKUATkan lagi dlm. genggaman depa; hingga seorg. dari puak DALAMAN dan LUAR ni, berjaya jadi PM baru satu hari nanti!

    Cthnya juga mamat-kari-LIBERAL dari PU ni sibuk yg. bukan main lagi nak jadi JAGUH-bela-SPRM kat mata DUNIA; maklumlah kan dia BERANGAN nak jadi PM spt. yg. selalu diidamkan PEMUJA BANGSAT dia, si EvangeliSStar tu!! Patut dah lama diNYAHkan bersama timbalan KAKI BETINA dia tu - dua ekoq ni memang tak boleh percaya!

    Nek Tempoyak.

  2. Anonymous says:

    Najib semasa menjadi Timbalan membiarkan Presiden melakukan kemungkaran tanpa menegornya.

    Sekarang dia melakukan kemungkaran dan meminta Timbalannya supaya tidak menegornya.

    Ni manusia spesis apa ni?????

  3. Anonymous says:

    Ye x ye juga. x payahlah cross boder nanti jadi caca marba pulak. Masing2 pikul tanggung jawab masing2 sudahlah ikut senarai tugas yg telah digariskan sejak dahulu lagi.

  4. Hmmmm....kipidap.
    Sinis tu bro

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.