..

..

VIDEO PENGAKUAN BAHAGIAN 3 & 4 BAKAL BONGKAR KAITAN PEMBANGKANG PALSU DOKUMEN #1MDB

on Tuesday, July 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Penglibatan beberapa ahli politik pembangkang yang didakwa memalsukan kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didedahkan menerusi bahagian ketiga dan keempat video pengakuan bekas pengarang Sarawak TribuneLester Melanyi.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan berkata bahagian ketiga dan keempat video itu akan disiarkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

"Kita akan keluarkan video itu secara slowly dan kita akan menjawab segala dakwaan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown. Selain itu, video tersebut akan mendedahkan orang Malaysia yang pernah berhubung dengan Lester seperti ahli-ahli politik pembangkang dan dalang kes Sarawak Report yang siap salur dan beri maklumat," katanya.

Ramesh Rao berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung pendedahan Melanyi menerusi bahagian kedua video itu.

Dalam video berdurasi 6.02 minit itu, Melanyi mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporanSarawak Report mengenai syarikat pelaburan negara 1MDB itu didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam video itu, Melanyi turut menamakan seorang pakar pereka laman web berpangkalan di London yang didakwanya diupah Rewcastle-Brown bagi mengubah dan mereka emel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.

Ramesh Rao seterusnya berkata polis telah mengambil keterangannya susulan laporan polis yang dibuatnya bersama bukti keterangan Melanyi di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada 15 Julai lepas, pada 8 malam hari yang sama.

Dalam pada itu, Ramesh Rao berkata beliau mengenali Melanyi sejak dua bulan lepas mengenai pendedahan itu dan sering berhubung menerusi telefon serta berjumpanya di ibu kota dan di Sarawak.

Beliau juga yakin polis dapat merungkai segala persoalan termasuk pendedahan Melanyi yang mendakwa pernah bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo.

Laporan media sebelum ini menyebut pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat sulit berkaitan dengan projek usahasama PetroSaudi dengan 1MDB daripadanya untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia. -AWANI-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.