..

..

UMNO BAHAGIAN RAUB KECEWA , BATAL JEMPUTAN MUHYIDDIN RASMI MESYUARAT

on Tuesday, July 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



RAUB 28 Julai - UMNO Bahagian Raub menjadi bahagian pertama membuat keputusan membatalkan jemputan  yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian itu pada 15 Ogos ini.

Keputusan yang menjadi sejarah pertama dalam kancah politik negara itu dibuat selepas mesyuarat tergempar yang dibuat UMNO bahagian itu malam ini.

Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin berkata, keputusan sukar itu dibuat selepas melihat dan menilai situasi politik semasa pada masa ini.

"UMNO  bahagian kecewa dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat kenyataan membelakangi semangat setiakawan dan kesepaduan dalam parti.

"UMNO Raub juga kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang boleh melunturkan semangat jentera parti dan menghakis keyakinan rakyat terhadap UMNO  dan kerajaan Barisan Nasional,"katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO  Raub disini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO  Bahagian, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram; Setiausaha UMNO  Bahagian,Tengku Abdul Rahman Tengku Perang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Azra Abd Wahab; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Zulryaini Yahya dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Fatimah Mohd. Noor.

Menurut Shahiruddin, seluruh kepimpinan UMNO  Raub berikrar untuk memberi sokongan padu dan berdiri teguh di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujarnya, UMNO  Raub sentiasa memberi keyakinan penuh terhadap kepimpinan Najib yang terbukti telah berjaya melaksanakan pelbagai transformasi bagi membantu rakyat dan membangunkan negara.


One Response

  1. Anonymous says:

    Do as you like..but remember

    Raub parliamentary seat won by Malay DAP

    Do you think this will make BN win back Raub?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.