..

..

SIAPA DALANG BOCORKAN MAKLUMAT GROUP WHASAPP KETUA BAHAGIAN UMNO ?

on Wednesday, July 15, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


BUKIT MERTAJAM: Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran mesej berbaur hasutan berkaitan insiden di Plaza Low Yat.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata penahanan itu dilakukan sejurus Pengerusi Biro Pengaduan Awam, Badan Perhubungan UMNO negeri itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah di sini, untuk disiasat pegawai polis dari Bukit Aman.
Katanya, penahanan itu dimaklumkan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mengarahkan Dr Shaikh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 selepas perbualan kumpulannya melalui aplikasi WhatsApp disebarkan.
"Kita percaya perkara ini timbul melalui kumpulan WhatsApp di mana ia disertai semua Ketua Bahagian UMNO seluruh Malaysia termasuk menteri apabila terdapat pengkhianat dalam parti yang menyebarkan apa yang ditulis Dr Shaikh dalam kumpulan itu.
"Selama ini dalam kumpulan itu hanya membincangkan mengenai masalah rakyat dan pembangunan negara namun apabila insiden Low Yat ini timbul, Dr Shaikh bertindak bertanyakan soalan mengenai perkara itu berlaku," katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Seberang Prai Tengah, di sini, hari ini.
Terdahulu, Musa mengiringi Dr Shaikh hadir ke IPD berkenaan kira-kira jam 2 petang sebelum beliau dilihat menaiki kenderaan polis bagi dibawa ke Bukit Aman kira-kira jam 4 petang.
Musa berkata, beliau kesal perkara sedemikian berlaku, namun akur dengan undang-undang dan meminta polis menyiasat kes ini secara menyeluruh.
"Beliau hanya bertanya mengapa dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Ini adalah perbincangan tertutup, orang yang menyebarkan perbualan kumpulan yang sebenarnya cuba menghasut.
"Saya minta polis menyiasat kes ini dengan teliti kerana membabitkan pemimpin kanan UMNO Pulau Pinang dan bersikap telus," katanya


Komen GPB 
Siapa hantu / pengkhianat  dalam group Whasapp Ketua UMNO Bahagian Malaysia yang bocorkan perbincangan kepada IGP ??  Jika meeting Kabinet pun boleh leak inikah pulak dalam perbincangan rahsia dalam parti . 
Tiada lagi tempat meluahkan idea , perbezaan pendapat untuk parti kerana hantu dalam group itu akan bocorkan kepada pihak berkuasa. 




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.