..

..

SAYA TERIMA JAWATAN TPM INI SEBAGAI QADA & QADAR - ZAHID HAMIDI

on Wednesday, July 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PUTRAJAYA, 28 Julai – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan satu habuan, sebaliknya satu tanggungjawab untuk negara dan seluruh bangsa di Malaysia.

 Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata pelantikannya yang berkuat kuasa esok adalah bukti jelas tentang kebersamaan antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah lama terjalin.

 “Pemikulan tanggungjawab ini tidak dapat saya elakkan, ia mengulangi sejarah lama apabila Najib yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan melantik saya sebagai Setiausaha Politik. “…

kemudian saya mengikut Najib sebagai Setiausaha Politik apabila beliau dilantik sehingga menjadi Menteri Pertahanan,” katanya selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

”Saya tak pernah menjangkakan dan membayangkan (pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri) tetapi Allah Taala yang menentukannya. Saya terima ini sebagai Qada dan Qadar”.

 Ahmad Zahid juga meminta semua anggota Kabinet, Anggota Majlis Tertinggi UMNO serta barisan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) supaya terus memberi sokongan padu kepada Najib. Rombakan Kabinet itu menyaksikan lima menteri digugurkan dan tujuh orang dilantik sebagai menteri baharu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.