..

..

ROMBAKAN KABINET MENGEJUT NAJIB , KEDUDUKAN MUHYIDDIN GOYANG

on Tuesday, July 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka mengumumkan rombakan kabinet hari ini, iaitu beberapa hari lebih awal dari perancangan sebelum ini.
Sebelum ini Mohd Najib dijangka mengumumkan rombakan kabinet selepas mempengerusi mesyuarat Kabinet pada rabu ini. Namun hari ini Mohd Najib mempercepatkan rombakan ini setelah melihat tingkah laku Timbalannya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras, ahad lalu.
Oleh kerana rombakan ini sangat mengejut tiada sebarang kebocoran langsung sehingga jam 2 pagi ini. Ada sumber menyatakan Mohd Najib telah mengadap DYMM YDP Agong petang tadi. Satu sumber lagi menyatakan Mohd Najib akan merafak sembah senarai baru pagi ini.
Namun MYKMU.NET menjangkakan beberapa korban akan dibuat bagi menunjukkan siapa yang memimpin kerajaan hari ini. Perdana Menteri dijangka menggugurkan Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel dalam satu rombakan kabinet yang dilihat bagi menguruskan kepentingan politik UMNO dan MIC sekaligus.
Kedudukan Timbalan Perdana Menteri masih lagi dalam keadaan sukar diramalkan. Riak Perdana Menteri dan Timbalannya di Majlis Rumah Terbuka CIMB malam tadi menunjukkan mereka sudah sampai ke peringkat tidaj bertegur sapa.
Kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri tanpa potfolio Kementerian lain. Bagaimanapun jangan menolak kemungkinan Muhyiddin digugurkan sepenuhnya dan diganti oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri
Sementara itu beberapa Menteri dijangka bertukar potfolio dengan fokus tertumpu kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Kedudukan Khairy menjadi tumpuan kerana selain gagal memberi nafas menarik sokongan belia kepada parti pemerintah, Pemuda UMNO juga dilihat tidak membantu menyatukan parti. Malah kegagalan Pemuda menunjukkan sokongan padu kepada Perdana Menteri merupaka satu alasan kuat untuk perubahan ini. Namun peluang untuk Khairy digugurkan dari kabinet agak tipis berdasarkan kedudukan beliau dan pengaruh Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Khairy dijangka berpindah daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dilihat bintang baru dalam kabinet Mohd Najib dijangka berpindah ke Kementerian Penerangan. Ini selari dengan jawatan baharu beliau sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.
Ini memberi peluang kepada Rahman menggembeleng semua jentera penerangan kerajaan dan parti bagi menjelaskan isu semasa.
Menteri Penerangan sedia ada, Datuk Ahmad Shaberry Cheek dijangka kembali ke Kementerian Belia dan Sukan bagi menarik semula sokongan belia kepada Barisan Nasional dan mengawasi persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Sea 2017.
Manakala Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Antara nama lain yang dijangka naik pangkat dari Timbalan Menteri kepada Menteri ialah Datuk Razali Ibrahim, Datuk Jailani Johari dan . Beberapa Ahli Parlimen muda dijangka dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Ahli Parlimen Sekinjang, Anuar Manap, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ahli Parlimen Kepala batas Datuk Seri Reezal Merican.-MYKMU.NET


6 Responses

  1. Anonymous says:

    pak menteri syok sendiri...rombak utk tutup penyelewangan...woi rakyat dah taulah apa ko org buat kat atas tu...jawatan ko tu rakyat yg bagi...jangan suka suka itu ini...tanyalah rakyat dulu setuju atau tidaK....

  2. Anonymous says:

    Pemimpin yg bersikap jujur selalunya akan disingkirkan dan admin jgn wat fitnah kata Tpm xtgur Pm..mereka bersalamn seprti biasa..Undurlah Najib rakyat dah menyampah dgn kamu

  3. Anonymous says:

    Mana ada rombakan , ini berita temberang.

  4. Anonymous says:

    ramai melayu yg berpenyakit busukhati,x reti nk brsyukur.yg x suka bos boleh belahlah.jgn jadi pengkhianat kpd bangsa n negara..22th/90th x cukup lg kah nk putar alam,,,hancur bangsa

  5. Anonymous says:

    Kalau TSMY tak jadi TPM lagi cantik. Boleh lah dia start tibai Boogeese Warrior dan Minang Flytrap tu kao,kao.....

  6. Anonymous says:

    pemimpin belot memang patut disingkirkan....jangan jadi duri dalam daging

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.