..

..

RAHMAN DAHLAN CHECKMATE TONY PUAKA , ADA BERANI DAP NAFI ? #JUSTOGATE #1MDB

on Tuesday, July 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu kepimpinan DAP tampil dan menafikan pertemuan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo di Singapura.

 Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata persoalan yang paling besar ialah apakah kepimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang mahu ke depan dan mengaku bahawa Pua tidak terlibat sama sekali sama ada berhubung, berjumpa ataupun mengarahkan seseorang untuk berhubung dengan Justo.

 "Soal teknikal Pua jumpa Justo atau tidak, itu tidak penting. Itu biar pihak polis yang menentukan nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini, Isnin. Abdul Rahman mengulas dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

 Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia. Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu membuat pendirian berhubung laman web dan portal berita yang melaporkan pembohongan dan isu kontroversi.

 Ketika mengulas sama ada laman web Sarawak Report perlu ditutup kerana melaporkan dakwaan berlaku rasuah melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menteri itu berkata kerajaan mesti mengambil tanggungjawab tentang nasib laman web itu.


One Response

  1. Anonymous says:

    Terbaik...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.