..

..

Polis Thailand sahkan Xavier Justo jumpa pemimpin &media pembangkang di Singapura !! #WSJ #1MDB

on Monday, July 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







KUALA LUMPUR 12 Julai – Polis Thailand hari ini mendapat pengesahan daripada Pengarah Kerjasama Antarabangsa Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara bekas pegawai PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo dengan beberapa pemimpin pembangkang dan pemilik kumpulan media.

Menurut sumber, pertemuan sulit antara semua individu terbabit diadakan di Hotel Fullerton, Singapura.

Polis Thailand telah mendapat pengesahan sememangnya wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo dan beberapa individu merupakan pemimpin pembangkang dan pemilik kumpulan media.

“Malah, Polis Thailand juga mengakui bahawa mereka semua terlibat dalam jenayah mencuri, memalsu dan mengubahsuai dokumen PetroSaudi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Xavier Justo, 49, ditahan Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD), Polis Thailand di pulau peranginan terkenal Koh Samui, Surathani pada 22 Jun lalu.

Penahanan warga Switzerland itu dibuat selepas PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiatan peras ugut yang membabitkan wang 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta) dan mengancam mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu sekiranya permintaannya tidak dipenuhi.

Berikutan daripada cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen telah disiarkan oleh blog Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB).

PetroSaudi menjadi terkenal di negara ini berikutan kerjasama yang pernah terjalin dengan 1MDB.


*** SIAPA PEMIMPIN PEMBANGKANG JUMPA JUSTO ??  PORTAL MEDIA PASTINYA DARI SARAWAK REPORT , THE EDGE ........


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.