..

..

POLIS AKAN BERTINDAK TERHADAP AMBIGA , SEKSYEN 124 DIAKTIFKAN ?

on Friday, July 31, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Polis akan menyiasat Datuk S Ambiga selepas dikatakan membuat kenyataan berhubung kemungkinan protes jalanan jika anggota parlimen tidak bertindak untuk menggantung pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan ini timbul selepas Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau enggan menafikan laporan laporan berhubung perkara itu.

Dalam sidang media hari ini, Khalid meminta Ambiga menjelaskan sama ada beliau menyebut perkara itu.

Ambiga bagaimanapun berkata beliau tidak mahu berhubung dengan pihak polis melalui media.

“Saya mahu tahu artikel atau tweet mana dia (Khalid) rujuk. Saya tidak mahu berkomunikasi dengan dia melalui media,” katanya.

Khalid pula berkata beliau mahu memberikan peluang kepada Ambiga untuk menafikan perkara itu kerana mungkin terdapat kesilapan dalam laporan.




“Tetapi jika beliau tidak mahu menafikannya, jadi kita terpaksa bertindak,” katanya.

Beliau berkata laporan polis mungkin dibuat dan Ambiga akan disiasat bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Di Twitter pula, Khalid berkata polis akan bertindak terhadap pihak yang menggalakkan orang ramai turut ke jalan raya bagi mendesak perdana menteri meletakkan jawatan.


3 Responses

  1. Mak Bedah says:

    Dalam akhbar Singapura My Paper menyebut Maria chin Abdullah yang menganjurkan rally protest against PM Najib. Kalau begitu, tangkap sajalah si keparat Ambiga dan bangsat Maria Chin yang maahu menghuruharakan Negara.

  2. Anonymous says:

    Lepas ni rumah Ambiga masuk pencuri panggil BERSIH .

  3. TAN SRI KPN : Hantam dia chukop2 sekiranya nyata dia menghasut. ..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.