..

..

PKR - DAP HENTAM KABINET BARU NAJIB , PAS HARAP JALANKAN TANGGUNGJAWAB ADIL & TELUS

on Tuesday, July 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.
Beliau berkata adalah terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinetitu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu) ... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat PAS di sini.

Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan semua anggota PAS supaya jangan melibatkan diri dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) jika tidak mahu tindakan diambil terhadap mereka selain keanggotaan mereka digugurkan.

"Kita tunggu laporan lengkap daripada negeri-negeri sebelum mengambil tindakan, kita tidak boleh ambil tindakan berdasarkan maklumat yang dilaporkan di media sahaja," katanya.

Beliau berkata pimpinan PAS Pusat yang dipilih pada muktamar parti Jun lepas masih mendapat sokongan akar umbi berdasarkan pertemuan beliau dengan kepimpinan di beberapa negeri.

"Kita mendapat respons yang sangat baik dengan lebih 80 peratus pimpinan akar umbi menyatakan sokongan kepada pimpinan pusat yang ada," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.