..

..

PERKASA gesa pemimpin & rakyat sokong Perdana Menteri @NajibRazak

on Tuesday, July 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa semua pemimpin dan rakyat memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana perkara itu melibatkan nama baik negara.
Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, laporan Wall Street Journal (WSJ) kononnya terdapat penyiasat telah mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dideposit ke akaun dipercayai milik Najib adalah satu tuduhan tidak berasas.
Sehubungan itu katanya, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyarankan tindakan undang-undang diambil ke atas WSJ bagi membersihkan nama baik Perdana Menteri dan negara, wajar disokong semua pemimpin dan rakyat negara ini.
“Tindakan Muhyiddin yang telah mengeluarkan kenyataannya berhubung isu tersebut wajar dipuji kerana itu adalah isyarat daripada pemimpin nombor dua negara. Ia wajar diperluaskan oleh pemimpin lain di semua peringkat dan juga rakyat tanpa mengira parti politik.
“Ini kerana pendakwaan ke atas WSJ boleh membuktikan bahawa Najib tidak bersalah. Paling penting pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah itu juga boleh dikenal pasti dan didakwa di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ibrahim mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menafikan tuduhan WSJ dengan menegaskan, beliau tidak pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi baik daripada 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti.
Malah, menurut Najib, tuduhan terbaharu yang dilemparkan terhadap beliau menerusi media asing itu adalah sebahagian daripada kempen sabotaj yang dibuat secara terancang untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang di- pilih secara demokratik.
Dalam pada itu, Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa, Azrul Akmal Saharudin berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung laporan media antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkenaan.
Beliau berkata, Perkasa memandang serius perkara tersebut kerana sebarang tuduhan yang berniat jahat terutama datang daripada anasir-anasir asing dikhuatiri mempunyai agenda sulit untuk memporak-perandakan negara ini.
“Siasatan perlu dijalankan seadil-adilnya tanpa bersifat apologetik seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut dengan telus dan menyeluruh.
“Jika dakwaan mereka didapati tidak benar selepas siasatan dibuat, ini adalah satu malapetaka buat rakyat yang mempercayainya. Ia bukan sahaja telah mencalarkan kredibiliti negara di mata dunia malah menunjukkan bahawa fitnah mudah bermaharajalela di negara ini,” katanya dalam kenyataan.
Sumber Utusan Online.


One Response

  1. Anonymous says:

    SETUJU dgn. PERKASA ni!

    Tengoklah juga MARA - TAK ADIL betul dilayan pd. CEO dan pengerusinya begitu; apahal begini?! Dan si AGLIBERAL; yg. terus SERBU 3 sy. tu hasil repot-KEREPOT WSJ tu apasal?! Sebenaqnya WSJ ini adalah media ZIONIS/Barat-amat-KEPARAT! Pernah si media KEPARAT ni serang pemimpin ISrael/Barat depa sendiri yg. asyik mendpt. dana termasuk utk. kempen pilihanraya depa, dari sy.-sy. SENJATA yg. mendpt. KEUNTUNGAN berBILLION utk. tak habis-habis MENYERANG/MEROMPAK Dunia Islam sewenangnya?!

    Kita sepatutnya JANGAN asyik DEFENSIF - tetapi pemimpin-pemimpin Islam/Melayu juga mesti asyik SERANG ("ATTACK")! Itulah strategi perang memanjang Barat/Zionis dan EJEN-EJEN depa dari puak si PENGGANAS ANTI-ISLAM/Melayu dari puaka PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-ANJING KURAP-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1, sampaikan Dunia Islam yg. amat kaya minyak/gas- Thorium/Uranium (utk. pembuatan senjata NUKLEAR) boleh diJAJAH sewenangnya!

    Yg. aku heran tu, asyik-asyik INSTITUSI-INSTITUSI/INDIVIDU-INDIVIDU yg. menjaga KEPENTINGAN-KEBAJIKAN Bumiputera Islam/Melayu kita yg. diSERANG BERTUBI oleh MUSUH-MUSUH BUMIPUTERA Islam/Melayu ni - dr. YAB PM kita, MH370/17 (sampai MAS dah makin diKUASAI si Barat/Zionis), IMDB, Tabung Haji, FELDA, MARA, BERAS sy. BUMIPUTERA Islam/Melayu mega, FAIZA, dan sekrg. Yayasan Patriot tu!

    Bahkan harga HARTANAH memang sering naik-turun mengikut harga pasaran sekarang - tengok sajalah walau kat M'sia ni; apalagi di bandar-bandar besar di Barat!

    PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM yg. asyik jual tanah K'jaan Negeri dgn. murah termasuk pd. sy.-sy. SingaPORK, tak pula dikacau -maka PI MAMPOS 'Ngo' NWO("New World Order")-LIBERAL-EJEN-si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no 1 tu!

    Nek Tempoyak.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.