..

..

Penipu ditipu penipu lagi besar

on Sunday, July 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Orang kuat Anwar Ibrahim, Tong Kooi Ong jumpa dan janji USD2 juta pada Xavier Justo untuk berikan dokumen yang dicuri dan digunakan untuk ugut. Sebaik saja dapat dokumen, dia tak bayar dan berdalih-dalih dengan alasan ketika mahu bayar.

Selama ini, dia dan Ho Kay Tat diam tidak beritahu sesiapa mereka sudah berjumpa dengan Xavier. Malah ketika dikatakan beberapa orang ada sama berjumpa di Singapura pun mereka berdiam.

Sebaik saja terdedahkan, Tong kata:


Justo is obviously an angry man, and understandably so, as we did not pay him what he wanted.

Yes, we misled him. But that was the only way to get hold of the evidence to expose how a small group of Malaysians and foreigners cheated the people of Malaysia of US$1.83 billion (RM6.97 billion).
His statement confirmed what we have said earlier i.e. we never paid anyone.
Bunyi macam bermoral dan etika penyokong kuat Anwar yang diketahui ramai adalah pengurus dana dana perang politik untuk Anwar. Hakikatnya mereka ini lagi besar pencuri. Seorang pengugut dan pencuri pun mereka boleh tipu.  

Fikirkan ...

Mereka telah masuk satu perjanjian atas barangan curi. Kontrak pun tipu yang mana dikata ianya pembelian barangan IT. Mereka duduk bincang dengan Clara Rewcastle untuk rancang salahlaku money laundering.

Tanpa fikir panjang, ada orang mahu pertahankan The Edge penipu yang tipu penipu?

Whistleblower Act menyatakan maklumat mesti diperolehi mengikut undang-undang. TIndak tanduk mereka tidak ikut undang-undang untuk diberi perlindungan undang-undang.

Sebaik saja mereka dapat maklumat salah, tidak pula diserahkan pada polis tapi diguna dalam tulisan mereka.

Lagi anih dan lucu, mereka kata terima 400,000 email tapi Clara kata ada berjuta email. Tidak mungkinkah Clara telah laku pengubahsuaian yang mana dia telah lama diketahui selalu lakukan?

Ramai tanya tunjuk mana yang diubah suai. Yang bertanya ni polis ke? Penyiasat ke? Pendakwa ke? Peguam ke? Hakim ke? 

JIka tidak, usah sibuk. Tiada fail penyiasatan oleh mana-mana pihak dalam dunia dikongsi siasatan dengan orang awam melainkan hanya diketahui di mahkamah ketika dakwaan.

Mereka yang ikuti isu ini dan tidak berat sebelah untuk dengar hujah kedua pihak sedar di mana perbezaannya. Jika malas buat kajian, jangan suka-suka sangat nak beri pendapat.

1MDB memang ada isu-isu dari segi amalan pentadbiran korporat, keputusan pelaburan yang salah, tangan seperti Jho Loh yang mensangsikan, dll, tapi tuduhan mencuri masih belum lagi yang menuduh buktikan dengan jelas.

Ramai pula sudah buat kesimpulan dengan maklumat yag tidak lengkah dan disahkan lagi. Jika Najib salah, turunlah dia dan sumbat masuk mana-mana.

Jika tak mahu percaya dan mahu Dato Najib turun, itu hak masing-masing yang perlu dihormati.

Namun jangan pula pencuri dan penipu yang lebih besar dan pihak yang nak jatuhkan kerajaan secara haram diberi kepercayaan. Orang Negeri Sembilan kata bangang. Bukan orang Pahang cakap. Orang Johor pun kata bangang.

Tiada dalam Islam halalkan cara salah dan haram.

Lebih waras agar pihak penyiasat professional diberi kepercayaan dan proses undang-undang memberi kata putus. Bukan ahli politik atau mereka yang berpolitik atau mereka yang menyokong mana-mana ahli politik atau mereka yang pertahankan kepentingan mana-mana ahli perniagaan tertentu yang bersama mana-mana ahli politik.   

Hairan sekali pihak yang tuduh orang mencuri dan menipu boleh pula halalkan cara salah untuk percaya pula pada penipu dan pencuri lagi besar.

Teruk lagi, ada pula yang ngaku diri penyokong BN tapi boleh jumpa Clara Rewcastke yang disokong George Soros dan sedia sokong dan pertahan The Edge dan Sarawak Report.  


SUMBER : HUSIN LEMPOYANG


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.