..

..

PENARAFAN FITCH RATINGS MEMALUKAN PROPAGANDA PEMBANGKANG EKONOMI NEGARA BURUK

on Friday, July 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Pengumuman penarafan terbaharu oleh agensi antarabangsa, Fitch Ratings yang menyemak naik unjuran Malaysia kepada stabil, terbukti menyuntik kelegaan kepada pasaran tempatan, sekaligus melenyapkan kebimbangan sebelum ini.
Ringgit dibuka lebih kukuh apabila menokok 385 mata atau 0.97 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipacu peningkatan permintaan terhadap unit tempatan yang menyusuli pengumuman Fitch berkenaan.
Pada rehat tengah hari, ringgit mengukuh pada 3.7355/3.7395 berbanding dolar AS daripada 3.7740/7770 yang dicatatkan pada 5 petang, semalam.
Di pasaran ekuiti, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turut melonjak 30.56 mata atau 1.79 peratus kepada 1,737.20 pada tengah hari, didorong saham mewah perladangan dan pengguna.
Mengulas perkembangan ini, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, menyifatkan berita baik ini seharusnya memberi sedikit kelegaan kepada ketidaktentuan pasaran mengenai kemungkinan Fitch menyemak turun unjurannya terhadap Malaysia.
“Kita gembira dengan penarafan Fitch terhadap akaun semasa Malaysia ketika ini yang dikaitkan dengan peningkatan dalam aktiviti pelaburan.
“Ini akan mengukuhkan profil penarafan itu kerana kerajaan dijangka meningkatkan perbelanjaan bagi projek infrastruktur seperti disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11),” katanya kepada Bernama, hari ini.
Menerusi penarafan terbaharunya hari ini, Fitch mengesahkan penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘A-‘ selain menyemak semula unjuran Malaysia kepada stabil daripada negatif.
Menurut agensi penarafan itu, ia menilai kemajuan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta langkah penyelarasan subsidi bahan api sebagai menyokong kewangan fiskal.
Defisit itu juga diunjurkan terus mengecil tahun ini walaupun harga minyak rendah.
Ia juga menyifatkan kedudukan pasaran modal tempatan sebagai turut menyokong keperluan pembiayaan domestik negara.-
image
Unjuran stabil Fitch bukti dasar, pengurusan kewangan kerajaan baik – Najib
Semakan menaik Fitch Ratings ke atas unjuran Malaysia kepada stabil sesungguhnya membuktikan dasar ekonomi dan pengurusan kerajaan yang baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya gembira kerana Fitch, agensi penarafan antarabangsa, mengekalkan penarafan kredit Malaysia dan menyemak naik unjuran kita kepada stabil,” katanya dalam muat naik terkini dalam Facebook dan Twitter beliau.
Fitch Ratings mengesahkan penarafan penerbit mata wang asing jangka panjang pada ‘A-‘ dan IDR mata wang tempatan pada ‘A’.
Penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior Malaysia juga disahkan pada ‘A’.
Unjuran ke atas IDR jangka panjang itu disemak menaik kepada stabil daripada negatif.
Dalam membuat penarafan ke atas Malaysia, Fitch berkata, kewangan fiskal negara semakin meningkat sejak tahun lepas dengan defisit umum kerajaan susut daripada 4.6 peratus Keluaran Dalanm Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.8 peratus bagi 2014.
Hutang kerajaan secara amnya juga menguncup daripada 54.7 peratus pada akhir 2013 kepada 53.9 peratus pada akhir 2014.
Fitch berkata kemajuan yang direkodkan ke atas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan serta reformasi subsidi bahan api, turut menyokong kewangan fiskal,
Defisit fiskal juga diunjurkan terus mengecil tahun ini walaupun harga minyak masih rendah.
Ia berkata kedudukan pasaran modal tempatan yang kukuh turut menyokong keperluan pembiayaan domestik negara.
BERNAMA


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Kami rakyat biasa ni, kami tak peduli pasal PENARAFAN FITCH RATINGS. Kami hanya mahu harga barang murah dan harga minyak petrol tidak naik. Apa gunanya PENARAFAN FITCH RATINGS tinggi melambung tetapi rakyat tidak merasa kesenangan pun.

  2. Anonymous says:

    Satu berita yang tidak sedap didengar oleh macai2 Mahathir dan Dapigs. Hati mereka busuk terhadap kerajaan. Busuk sebusuknya bangkai babi.

    Bagi mereka biar negara bankrap seperti Greece baru mereka puas hati. Biar rakyat merana. Biar rakyat hilang pekarjaan. Yang penting mereka ada peluang untuk berkuasa. Mereka akan menggunakan segala media yang mereka ada untuk menabur fitnah dan lapuran berat sebelah serta memburuk-burukkan kerajaan didalam dan luar negara. Kesannya menyebabkan sentimen negatif terhadap ekonomi negara dan seterusnya menakutkan pelabur2. Kalau tiada pelaburan (FDI) siapa yang susah?Rakyat juga yang susah termasuk macai2 Dapigs dan kroni2 mereka sendiri yang tak boleh menjual rumah mewah yang mereka bina.

    Apa salahnya mereka membantu menaikkan imej Negara. Ini akan menguntungkan rakyat dan juga kroni2 mereka. Menyerang kerajaan seperti isu 1MDB menyebabkan pelabur2 jadi takut untuk melabur dan mejejas ekonomi negara. Siapa yang rugi sebenarnya? Rakyat dan Negara lah. Pemimpin2 DAP semuanya bergaji besar. Jadi apa mereka peduli.

    Pemimpin2 kerajaan pula terpaksa menghabiskan masa untuk menangani asakan mereka ini. 1MBD terpaksa dilondehkan. Pelaburan yang strategik sudah tidak strategik lagi. Aset2 berharga terpaksa dijual walaupun ianya bakal mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda dimasa hadapan.

    Semoga Allah melindungi semua umat Islam terutamanya di Malaysia.

  3. jangan langgan astro dan maxis ini mengkayakan bangsa lain..hiburkan qalbu mengikut sunah nabi membacha AlQuran dan berzikir..senangkan..dunia Selamat dan akhirat pon Selamat. .nape tak nak ikut?

  4. Anonymous says:

    abracadabra!!!.......http://youtu.be/SYMtbcpmeRE................abracadabra!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.