Najib yang dilahirkan pada 23 Julai 1953, hari ini menyambut hari kelahiran ke-62 tahun.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam akaun Twitternya @shaberyc pada 7.20 pagi ini mengucapkan “Selamat Hari Lahir Datuk Seri Najib! Semoga sabar dan ikhlas jadi kekuatan dalam laksana tugas dan tanggungjawab.”

Beberapa pengguna internet turut ‘retweet” ucapan Shabery itu antaranya Samaras, Nurfarah Hanim M, husnulhilmi, Najwa Azman, Wife Channing Tatum, Farahanie dan Aimanamat.

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mencatatkan “ Happy Birthday PM. May Allah bless you with strength and great wisdom to lead the nation.”

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula meletakkan gambar Najib berserta ucapan ‘Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Datuk Seri Najib Razak’.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan “Happy Birthday PM ‘@FriendsofBN1:’Tiada sesiapa boleh memecah-belahkan perpaduan antara kaum di Msia yg telah lama terjalin.”

Bagi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching pula beliau mencatat “Happy birthday YAB DS @NajibRazak. Wish you many more happy returns of the day.”
Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri turut memaparkan gambar Najib berserta ucapan;”Selamat Hari Lahir YAB Dato’ Sri Najib 23 Julai. Semoga Panjang umur dan diberkati Allah SWT.”

Sementara itu, Pejabat Akhbar PM memuat naik gambar di dalam Twitternya, suasana warga kerja pejabat Perdana Menteri meraikan sambutan harijadi itu bersama-sama Najib di pejabatnya di Putrajaya bersama-sama dua biji kek.

Najib, merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. - BERNAMA