..

..

NAZRI MOHON MAAF JIKA GURIS PERASAAN TMJ , UCAP SELAMAT HARI LAHIR & BERPUASA

on Thursday, July 2, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menyambut kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang tidak mahu lagi terus bertelagah dengannya.

Malah, beliau mengambil peluang itu mengucapkan selamat hari keputeraan dan selamat menyambut Ramadan kepada putera kerajaan Johor itu.



Beliau juga meminta semua pihak menghormati permintaan Tunku Ismail untuk tidak lagi bergeseran bagi menghormati bulan mulia ini.

"Seperti beliau, saya hanya cakap apa yang saya fikirkan dan jika saya guris perasaannya, saya minta maaf. Tiada sebab peribadi.

"Ini bulan yang baik, dan beliau juga baru menyambut hari keputeraan. Jadi selamat berpuasa dan saya ucapkan selamat berbahagia bersama keluarga dan maaf zahir batin," kata beliau kepada Malaysiakini hari ini.

Tunku Ismail semalam menggesa pihak media supaya menamatkan isu berkaitan pergeseran baginda dan Nazri kerana apa yang hendak disampaikan telah diluahkan dan bagi menghormati Ramadan. KLIK


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Dah kena maki berbakul2 baru nak minta maaf. Dah nak separuh masa dah org berpuasa.

    Tua tak beradab.

  2. Anonymous says:

    Yg anon 8.23pm pun sama...tak beradab.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.