..

..

NASIHAT AYAHANDA RANI KULOP KEPADA MUHYIDDIN

on Wednesday, July 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selepas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menasihati bekas timbalan perdana menteri itu agar tidak bersedih.

Rani Kulup berkata, Muhyiddin harus kuat dan perlu mengawal emosi dengan keputusan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Tambahnya, Muhyiddin perlu bersabar dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

"Setiap benda yang berlaku jangan sampai terbawa-bawa. Terimalah keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Muhyiddin harus bersabar dan jangan bersedih, rilek saja," kata Rani kulup.

Rani kulup terus menasihati Muhyiddin dengan mengatakan, bekas perdana menteri itu perlu kuat kerana penyokongnya di negeri Johor masih memerlukannya sebagai wakil rakyat di negeri itu.

Jelasnya, walaupun Muhyiddin tidak mempunyai jawatan dalam pentadbiran negara, beliau masih mempunyai jawatan dalam parti serta menjadi wakil rakyat di negeri Johor..

"Setelah tidak berjawatan lagi, baliklah ke kawasan di Pagoh, jaga elok-elok rakyat Johor dan jaga parti," katanya.

Rani Kulup turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Muhyiddin kerana jasanya selama menjadi Timbalan Perdana Menteri banyak menyumbang kepada pembangunan negara serta membela nasib rakyat.

"Muhyiddin seorang yang berpengetahuan luas serta memiliki idea yang bernas dalam menyumbang untuk pembangunan negara serta membela nasib rakyat," katanya.-Utaranews.com-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.