..

..

Najib Bangkit : “Return of The Jedi” #1MDB

on Sunday, July 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Saya berpendapat sekiranya perjanjian itu berjaya dan syarat-syarat rundingan dipersetujui maka dalam tempoh beberapa hari lagi kita akan saksikan lebih banyak pendedahan buruk berkaitan Rosmah akan dibongkarkan. Mari kita tunggu apa lagi pendedahan yang mereka akan lakukan dan bagaimana pula pasukan Najib mengendalikan isu tersebut sekiranya ia didedahkan.
Lim Kit Siang berkata bahawa Abdul Rahman Dahlan mungkin tidak menyedari lagi bahawa dia melakukan kesilapan besar (egg on his face). Bagi orang-orang Melayu, Cina dan Tamil yang berpelajaran, ‘egg on your face’ bermaksud sesuatu yang memalukan.


Saya benar-benar tidak tahu mengapa, bagi Bahasa Inggeris,‘egg on your face’ merupakan kemuncak rasa malu. Saya pula akan membayangkan bahawa seluar renang terlondeh ke buku lali hingga mendedahkan punggung anda seperti apa yang berlaku kepada saya di sebuah gedung membeli-belah di Phuket, Thailand akan lebih memalukan daripada mempunyai ‘egg on your face’.

Bagaimanapun, Rahman menjawab bahawa sebaliknya Kit Siang yang melakukan kesilapan besar ‘egg on your face’. Rahman merujuk kepada pemimpin DAP tersebut yang dikehendaki oleh polis Thailand kerana terbabit dalam komplot jenayah dan dikatakan telah bertemu Xavier Andre Justo dan seterusnya juga terlibat dalam mengubah sesetengah dokumen dengan mendakwa bahawa dokumen tersebut tulen.

Persoalannya di sini, adakah Kit Siang tahu apa yang berlaku? Adakah beliau sedar apa yang pemimpin DAP telah lakukan? Walaupun beliau tidak menyedari waktu itu dan hanya mendapat tahu kemudiannya, tetapi cuba menyembunyikannya, dengan itu menjadikannya alasan yang cukup baik untuk turut sama terlibat dalam konspirasi tersebut, sepertimana Presiden Nixon yang mengetahuinya dengan cara yang sukar.

Sekarang anda tahu kenapa skandal ini dipanggil Justogate.

Tony Pua, tahu bahawa mereka maksudkan orang tersebut adalah beliau, namun dalam kebiasaan politik Malaysia, “my dick is bigger than yours” yang bermakna beliau lebih bagus dari anda, Tony Pua mencabar kerajaan untuk menamakan beliau, bukan sekadar merujuk kepada ‘pemimpin kanan pembangkang’ sahaja. Mungkin Tony berpendapat jika mereka namakan beliau dan tidak dapat membuktikannya maka beliau akan mempunyai alasan untuk menyaman.

Peraturannya sangat mudah. Jika pemimpin kerajaan menuduh Ketua Pembangkang maka kerajaan mesti membuktikan tuduhan tersebut. Bila pemimpin pembangkang pula menuduh pemimpin Kerajaan sesuatu, walau bagaimanapun, pemimpin kerajaan juga yang mesti membuktikan bahawa tuduhan terhadap pembangkang itu tidak benar — sebaliknya.

Bak kata Tun Dr Mahathir semalam, mereka perlu buktikan dakwaan terhadap beliau dan anaknya. Sehari sebelumnya, Dr Mahathir berkata bahawa semua dakwaan terhadap Perdana Menteri harus dianggap benar melainkan mereka dapat membuktikan sebaliknya.

Ianya merupakan satu sebab mengapa Dr. Mahathir sangat marah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memansuhkan Akta Keselamatan Negeri (ISA). Menurut Dr Mahathir sepertimana yang telah beliau terangkan banyak kali lebih 30 tahun lalu, ISA merupakan undang-undang pencegahan dan sangat penting kepada keselamatan negara. Di bawah ISA anda akan ditahan tanpa perbicaraan sekiranya anda disyaki merancang untuk melakukan jenayah walaupun tidak terdapat sebarang bukti dan tidak melakukan sebarang jenayah pun.

Di bawah ISA anda dianggap bersalah memikirkan untuk melakukan sesuatu yang buruk dan jika anda ingin dibebaskan dari tahanan maka anda perlu untuk meyakinkan kerajaan bahawa anda adalah tidak bersalah dalam pemikiran.

Namun tidak ada sesiapa yang benar-benar dapat membuktikan bahawa beliau tidak memikirkan untuk melakukan sesuatu yang buruk. Jadi kebiasaannya anda hanya akan dibebaskan sekurang-kurangnya dua tahun dan kadangkala lapan tahun atau 26 tahun (terpanjang tahanan ISA setakat ini)
Jadi, Tony Pua telah mencabar penuduh beliau menyebut namanya. Mari kita lihat samada “Rahman Dahlan’s dick is bigger than Tony Pua’s dick” dan adakah beliau benar-benar menyebut nama Tony Pua — walaupun kita semua tahu orang yang mereka maksudkan itu adalah Tony Pua walaupun mereka tidak pula menamakan beliau.

Isunya sekarang, adakah Tony Pua layak berada dalam PAC jika beliau terbabit dalam jenayah konspirasi? Ianya seperti meletakkan musang untuk menjaga reban ayam? Bak bidalan Melayu seperti ‘suruh kambing jaga sireh’.

Ketika mereka mencabar satu sama “siapa yang lebih handal” dan menuduh satu sama lain “egg on their faces”, satu perkembangan baru telah muncul pada malam Hari Raya.


ramesh
Rupa-rupanya Rashpal Singh a/l Jeswant Singh, yang merupakan salah seorang penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed terbunuh secara misteri semasa soal siasat, telah bertemu Clare Rewcastle Brown di London pada malam Hari Raya.

Perjumpaan dikatakan bertujuan untuk membincangkan bagaimana Rashpal, yang mempunyai akses kepada maklumat sulit SPRM berkaitan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, boleh menyerahkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report.

Saya berpendapat sekiranya perjanjian itu berjaya dan syarat-syarat rundingan dipersetujui maka dalam tempoh beberapa hari lagi kita akan saksikan lebih banyak pendedahan buruk berkaitan Rosmah akan dibongkar. Mari kita tunggu apa lagi pendedahan yang mereka akan lakukan dan bagaimana pula pasukan Najib mengendalikan isu tersebut sekiranya ia didedahkan.

Malaysia amat menarik. Tidak pernah ada saat yang membosankan pun. Selepas ‘ The Empire Strikes Back’ lanjutan dari kisah tersebut pula adalah ‘Return of the Jedi’. Oleh itu, sama-samalah kita tunggu apa yang bakal dibongkarkan oleh “Jedi” pula. 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Musang jaga reban ayam....penyiasat melapor kepada tertuduh...apa bezanya...

  2. Anonymous says:

    Memang boleh MAMPOS si PENGKHIANAT-PENGKHIANAT dari puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

    Institusi BANK kita pun nak diJAHANAMKan oleh puak PENGGANAS ni! PENGINTIPAN dan SABOTAJ oleh EJEN-EJEN PENGGANAS ni termasuk S.Repot-KEPARAT tu, sepatutnya diSIASAT bawah AKTA TERORISMA oleh PDRM/KDN!

    Si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL RASIS Anti-Islam/Melayu dari puak DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 asyik BEBAS, untuk terus MENGHINA Islam/umatnya termasuk sampai asyik nak MENJATUHkan ISLAM, YAB PM Islam/Melayu kita, DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita, UMNO, IMDB, MARA, FELDA dll kita sewenangnya! Bahkan media-amat-KEPARAT Barat/Zionis S. Repot sudah didedahkan buat berita palsu tapi SENYAP aja AG-LIBERAL/PDRM psl. ni?! Mahupun psl. Pulau Pisang yg. seolah diJAJAH SingaPORK!

    Kalau umat Islam/Melayu bersuara MEMPERTAHANkan dgn. LANTANG, Islam, hak dan identiti kita, seolah cepatnya nak dibicarakan, penjarakan dan didakwa bawah AKTA HASUTAN - walau dekat Hari Raya ni; sedgkan si PORNO-alvinBABI, PORKsen dan ramai lagi tu terus BEBAS! Geram betul aku!

    Dan mcmmanalah si PENGGANAS KAPIRDAJAL Anti-ISLAM/Melayu tony PUAKA-DAPBANGKAI ni boleh terlibat dlm. PACBANGANG tu- yg. patut diBUBARkan segera (lihat si tony PUAKA ni jumpa BETINA S.Repot dan Justo tu di SingaPORK - di http://medan-info-kita.blogspot.com/2015/07/niat-ahli-ahli-umno-spesis-jemuan-mahu.html) ! Mcm. puak ni pula lebih BERKUASA dr. K’jaan – sekrg. nak panggil MARA pula berdasarkan repot media Barat/Zionis-KEPARAT juga! Seolah NEGARA ISLAM berdaulat kita ini serta IMDB, MARA, TABUNG HAJI, FELDA, UMNO dan mana-mana insitusi-instusi/pemimipin yg. menjaga HAK dan KEBAJIKAN Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu kena TUNDUK pd. REJIM/MEDIA-PENIPU Barat/Zionis dan puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 - mcm. kita ni masih KULI depa – apa KEJADAHnya ni?!

    Nek Tempoyak.

  3. Adakah Mahathir itu Darth Vader? Wooo

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.