..

..

MUHYIDDIN BUKAN TIMBALAN PRESIDEN PERTAMA TANPA JAWATAN TPM

on Wednesday, July 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


PENYINGKIRAN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal dari kabinet hari ini, tidak menjadikan kedua mereka sebagai Timbalan Presiden/Naib Presiden UMNO pertama menjawat jawatan penting parti, tanpa disokong jawatan kabinet dalam sejarah negara ini.
Sebaliknya, ia adalah Tun Musa Hitam (1981-1986) yang terlebih dahulu mencatat sejarah sebagai Timbalan Presiden UMNO pertama tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Beliau kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO lebih setahun sebelum kalah dalam pemilihan 1987.
Musa dipaksa melepaskan jawatan tersebut pada 27 Februari 1986 akibat tidak bersependapat dalam soal menguruskan tragedi Memali, tapi kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga 24 April 1987 bila kalah dengan majoriti 40 undi di tangan Tun Ghaffar Baba.
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula adalah Naib Presiden UMNO pertama yang tidak diberikan sebarang jawatan Menteri sekalipun menang dalam pemilihan 1987.  Sebelum pemilihan tahun tersebut, Tun Abdullah adalah Menteri Pertahanan tapi kerana kedudukannya sebagai antara orang penting dalam Team B, maka jawatan Menterinya dinafikan.
Semua ini berlaku dalam era pemerintahan orang yang sama – Tun Mahathir Mohamad.
Jadi bagi sesiapa yang memandang keputusan menggugurkan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Afdal hari ini sebagai bukti kezaliman Najib, maka bandingkanlah dengan fakta yang disebutkan di atas, adakah ini satu kezaliman atau kewajaran?
Hakikatnya, kedudukan Menteri adalah kuasa mutlak Perdana Menteri sementara jawatan dalam UMNO adalah kuasa mutlak ahli-ahli UMNO.  Pada hemat penulis jawatan Menteri tidak ada bezanya dengan semua jenis pekerjaan yang lain, ada ketua, ada tanggungjawab,  boleh dipecat, ditukarkan (kalau boss dah benci) dan sebagainya.
Kena pandai bezakan tu.  Sebetulnya, tak lantik Timbalan Perdana Menteri pun takpe sebab jawatan itu tidak disebut dalam perlembagaan negara tapi atas sebab-sebab tertentu sebaiknya pemegang jawatan tersebut ada.
Yang penting disini, baik Najib mahupun Mahathir dulu, keduanya tidak mengganggu hak ahli-ahli UMNO, kecuali dalam kes membabitkan Anwar Ibrahim sahaja dimana penyingkiran jawatan TImbalan Presiden UMNO berlaku – itupun dengan kelulusan Majlis Tertinggi UMNO.
Jadi kalau Najib dikatakan zalim hari ini kerana keputusan yang dibuatnya itu, maka Mahathir terlebih dahulu zalim dari beliau.  Sanggup ke nak mengatakan Mahathir zalim? - MYKMU


5 Responses

  1. Sasha says:

    Terbaik !!! Saya sokong komen ni

  2. Anonymous says:

    UMNO, or specifically najib's supporter either still dont get it or only for the money, reshuffling cabinet is one thing, but changing AG, PAC committee and SB boss at the same time create the impression of a coverup. When mahathir did it he got 2/3 majority, now even lost popular votes

  3. Anonymous says:

    UMNO JOHOR jgn. terlalu bersifat keNEGERIan; jgn. sampai identiti 'bangsa' Johor , yg. diMEGAH-MEGAHkan sgt.dibiaqkan MEMIJAK identiti dan hak BANGSA Bumiputera Islam/Melayu serta UMNO keseluruhannya; yg. lebih penting diPERTAHANkan!

    Maka, SYUKUR ALHAMDULILLAH dengan KEBERANIAN YAB PM, DS Mohd. Najib Tun Razak kita! Rejim-rejim Barat/Zionis pun TAK akan bersabar dengan puak PENGKHIANAT-DALAMAN yg. sanggup bekerjasama dgn. pihak MUSUH utk. sewenangnya mahu MENUMBANGKAN PM serta KERAJAAN dgn. pelbagai strategi SABOTAJ dan TERORISMA!

    Kalau BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. betul-betul CERDIK dan PERJUANGkan Islam/umatnya; dia akan sedaq betapa pentingnya waktu amat KRITIKAL ini, BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu mesti BERSATU, utk. MENENTANG habis-habisan strategi amat-DAJAL oleh puak PENDATANG TERORIS-TERORIS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 - yg. begitu galak tak habis-habis nak MENJATUHkan ISLAM; NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ini; DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita sbg. PENJAGA Islam dan kaum Bumiputera, HAK dan IDENTITI Bumiputera Islam/Melayu kita, IMDB/MARA/UMNO dll., YAB PM Islam/Melayu, DS Mohd. Najib Tun Razak kita serta isteri, DS Rosmah Mansor; dan LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda YAB PM, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita!!

    IMDB, MARA, TABUNG HAJI, FELDA, UMNO dan mana-mana insitusi-instusi/pemimipin yg. menjaga HAK dan KEBAJIKAN Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu memang mahu di JAHANAMkan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu dari si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO ini yang termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, iaitu si KULI/EJEN-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, yang memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara - lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009!

    Sebab itu kita mesti SELAMATkan PULAU PISANG kita yg. sungguh INDAH dan BESAR di JOHOR itu; dari diJAJAH sewenangnya SingaPORK-KEPARAT spt. Batu Puteh! Maka MENTERI PERTAHANAN, tolonglah CELIK dan TEGAS serta CEKAP sikit dlm. MEMPERTAHANkan KEDAULATAN NEGARA ISLAM kita ini!

    Nek Tempoyak.

  4. Anonymous says:

    Satu perbandingan jauh persamaan, dulu dulu berbeza pandangan sekarang soal kebenaran...teringat peribahasa melayu "Tak Tumbuh Tak Melata Tak Sungguh Orang Tak Kata".

  5. Anonymous says:

    Fikir positiflah. Niat rombakan dan perubahan adalah untuk kebaikan dan memantapkan kerajaan. Kenapa mesti buat persepsi bukan2 yg sebenarnya menunjukkan hati yang busuk hai anon 1217? x kan berterusan kerajaan kelihatan x sepakat? Kerajaan perlukan anggota yg boleh berkerja sama. Kalau anda ketua dengan staff yg x sehaluan bagaimana? Peguam Negara tu dah lama dipersoalkan kewibawaannya, begitu juga ketua PAC yg saya sendiri sebagai rakyat biasa melihat x berapa kena. Ada ke patut Tony Pua yang membuat fitnah 1MDB dipertahankan untuk menganggotai penyiasat 1MDB? Ini mungkin menimbulkan bias.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.