..

..

MUHYIDDIN AKAN TERUS BERKHIDMAT UNTUK PARTI & BANTU PRESIDEN

on Wednesday, July 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus berkhidmat di dalam UMNO seperti yang diamanahkan kepada beliau walaupun tidak lagi memegang jawatan kedua terpenting negara.
Muhyiddin yang kini masih Timbalan Presiden UMNO sedia bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta semua ahli Majlis Tertinggi (MT) termasuk semua peringkat bahagian dan cawangan.


"Bagi saya, tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden kalau ikut Perlembagaan (UMNO) ialah untuk membantu Presiden dan juga membantu ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain, termasuklah di peringkat sayap untuk melaksanakan tugas sebagai Timbalan Presiden.

"Tanggungjawabnya adalah untuk menguruskan parti... Walaupun ini telah berlaku, ia tidak menghalang saya...tapi apa yang penting bagi saya adalah untuk pembangunan parti dan negara," jelas Muhyiddin dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Damansara tengah hari tadi.

Sidang media khas itu diadakan sehari selepas pengumuman rombakan Kabinet yang menyaksikan beliau  disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya sejak 2009.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Barisan Nasional berkata sudah bersedia untuk hadir pada mana-mana mesyuarat UMNO di peringkat bahagian jika dijemput.

"Kalau saya tidak melaksanakan tugas, bermakna saya gagal. Seperti yang tuan-tuan pun tahu, saya adalah seorang yang bertanggungjawab. Jadi, apa pun, kalau parti kata inilah tugas yang saya harus pikul, maka saya akan laksanakan.

"Soal bahagian menjemput atau tidak menjemput itu hak bahagian, tetapi saya bersyukur kerana negeri Johor, saya dimaklumkan, dalam kenyataan Menteri Besar, beliau menasihatkan orang Johor agar hormati saya sebagai Timbalan Presiden dan Johor tidak menyekat untuk saya masuk ke mana-mana bahagian kalau saya dijemput ataupun saya meminta untuk bertemu memberikan penerangan," jelas Muhyiddin.

Tambahnya lagi, beliau menyifatkan beban tugas sebagai Timbalan Presiden bukanlah kecil kerana beliau bertanggungjawab untuk mengukuhkan parti dan meningkatkan kerjasama di antara ahli serta menggerakkan program terutamanya menjelang pilihanraya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Elok lah tu.....faham tugas sebagai Tmbalan Presiden Umno

    Cuma dia mungkin tak faham tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri...

    Boss dia adalah Najib (Perdana Menteri). bukannya Tun M yg dah bersara..

    Kalau nak ikut pun kena bertempat....setiap pemimpin ada stail tersendiri dan cara tersendiri untuk memimpin negara....bagilah peluang pada Najib..

    Tun M bagus sangat ke masa dia memerintah dulu??? Cuba tanya pembangkang?? Nak bersuara pun tak boleh. Semua media Tun M control...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.