..

..

MAT SABU OFFER MAHATHIR SERTAI GHB TAWAN PUTRAJAYA

on Wednesday, July 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu berharap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bersamanya dalam GHB untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umu akan datang.

Bekas timbalan presiden Pas itu berkata, beliau mengalu-alukan bekas perdana menteri itu menyertai parti baharu itu, malah akan memberi jawatan tinggi kepadanya dalam GHB.

Beliau turut bergurau dengan mengatakan jika Mahathir lambat memberi respon untuk menyertai GHB, maka Mahathir terpaksa menjadi pengikut dan bukan lagi sebagai pemimpin parti itu.

"Kalau masuk lewat, kena duduk belakanglah sebagai pengikut, bukan sebagai pemimpin," kata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mat Sabu turut memaklumkan, beliau mengalu-alukan Mahathir perlu menyertai GHB adalah kerana parti baharu itu merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh setelah mendapat sokongan dari PKR dan DAP.

"Parti baru ini akan bekerjasama dengan PKR, DAP, semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menjadi sumber inpirasi pelajar universiti," katanya.

Adakah Mahathir akan menyertai parti Mat Sabu ini untuk menawan Putarajaya pada PRU akan datang?? Mampukah GHB ini bertahan lama walaupun hanya mendapat sokongan dari DAP dan PKR tanpa restu Pas??

Adakah Mahathir yang telah memutuskan akan bersara dari arena politik mahu kembali ke dunia politik semata-mata ingin mengejar politik peribadinya??-Utaranews.com


9 Responses

  1. Anonymous says:

    This Matt Sabu doesn't know his status. He is 10 poles apart.

    He is insulting himself.

  2. Anonymous says:

    Kikiki..Tun M tak desperate macam mat sabu!!!!

  3. Anonymous says:

    Gabungan Haru Biru dah x ada pemimpin berwibawa ke? Kejap ja tu..x lama mamposlah..

  4. Anonymous says:

    TM dah pernah jadi PM ..22 Tahun tahu..tak kan dia sebangang MAT SABU..orang dah pernah merasa..MAT SABU APA ADA..

  5. Anonymous says:

    Mimpi basah matsabu dan penulis blog ini...

  6. Anonymous says:

    Pakatan pembangkang tak sampai 2 penggal dah jadi Tongkang Pecah masih lagi mau cakap besar.

    Tak dak orang lain kah! dulu Anwar pun lingkup.

  7. Anonymous says:

    DULU DIA PERNAH KATA TUN MAHATHIR GILA! LA NI NAK AMIK ORANG GILA JADI KETUA? JILAT LUDAH BALIK?

  8. Anonymous says:

    Kesian tengok Mat Sabu ....

  9. Anonymous says:

    Terbaiklah Mat Sabu,,,,hang offer sekali jawatan TPM kpd Mahadir,mana tau kot2 dia mau!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.