..

..

MAT SABU & GENG KALAH PEMILIHAN PAS TUBUH PARTI BARU ?

on Monday, July 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


SUDAH dijangka dan akhirnya saat tersebut telah tiba.
Setelah lebih sebulan bergelumang dengan pelbagai spekulasi tentang kedudukan kumpulan profesional dalam PAS, akhirnya mereka mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan yang diberi nama Gerakan Harapan Baru.
Gerakan tersebut diwujudkan demi memenuhi hasrat menubuhkan sebuah parti baru berkonsepkan Islam, juga memperjuangkan gabungan pembangkang ‘Pakatan Rakyat 2.0′.

Democratic Islamic Party (DIP) Bakal Ditubuhkan Progresif PAS?

Pengumuman baru saja dibuat salah seorang pemimpin G18 atau kumpulan progresif dalam PAS, Mat Sabu sebentar tadi.
Memetik kenyataannya menerusi laporan Malaysiakini, “Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.
“Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.
“Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua” dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya.”
Antara pemimpin yang hadir di majlis pengumuman ini ialah bekas Naib Presiden Ahmad Awang, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
Selain itu anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor dan Datuk Dr Yusuf Rawa iaitu Faiz Fadzil dan Mujahid Yusuf turut hadir memberi sokongan. Turut kelihatan Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.
Perpecahan antara pemimpin PAS menjadi ketara setelah selesai Muktamar Tahunan PAS yang mana tampuk kepimpinan tertinggi parti dikuasai oleh golongan ulamak sekaligus menepis golongan profesional.
Sejak hujung tahun lalu, PAS dilihat berpecah kepada dua puak yang mana puak ulamak dilihat lebih cenderung untuk tidak bekerjasama dengan DAP manakala puak satu lagi tidak mempunyai masalah berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC


2 Responses

  1. Anonymous says:

    DIP TERDIRI DARI PENYOKONG PLURALISMA(kamaruddin jaapa..nurul dan baka2 aljuboori)...LIBRAL( taib mamod dan kalit samat) DAN SYIAH ( mat sabu ..mujahit )TAK ADA MAKNA SYIAR
    ISLAM TERTEGAK DI MALAYSIA. ...perosak islam.dan iman....

  2. Anonymous says:

    Satu soalan bagi PAS..dan mana mana parti yg berkonsepkan islam....sejak kewujudan kamu apa kah jasa yg telah kau orang lakukan untuk rakyat..pelajaran, ekonomi..tolong bagi Pencerahan sikit

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.