..

..

MAHFUZ BEAN DENGKI WAKIL PAS DI P.PINANG & SELANGOR TAK LETAK JAWATAN

on Tuesday, July 14, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Bekas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang kalah bertanding baru-baru ini nampaknya masih memendam rasa.




Ahli Parlimen PAS Pokok Sena itu tegas mengatakan PAS perlu mengarahkan semua wakilnya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor untuk meletakkan jawatan selepas Majlis Syura Ulamak membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan DAP Sabtu.

Menurutnya jika PAS gagal berbuat demikian, parti itu akan dilabel sebagai hipokrit.

"Apabila PAS sudah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, maka PAS seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

"Jika tidak rakyat akan melihat PAS sebagai hipokrit," ujar Mahfuz.

Sebaik sahaja Muktamar PAS kali ke-61 meluluskan usul putus hubungan dengan DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa semua wakil PAS meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri yang dipimpinnya.

PAS bagaimanapun enggan mengarahkan ahlinya meletakkan jawatan kerana Pakatan Rakyat masih wujud walaupun tanpa kerjasama antara PAS dan DAP.

PAS berikrar untuk meneruskan hubungan dengan PKR kerana mahu menjaga amanah yang diberikan rakyat.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Yang Di-Pertua PAS Pokok Sena berkata baginya ahli PAS tetap harus menarik diri daripada dua kerajaan negeri itu namun ia terpulang kepada kebijaksanaan barisan kepimpinan PAS yang baru.

"Pemimpin PAS perlu menentukan dengan bijaksana apa yang perlu dilakukan dengan ahli PAS dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

"Saya hanya memberikan pandangan ahli PAS perlu berundur daripada kerajaan. Terpulang kepada mereka," katanya.

Mahfuz bagaimanapun tidak mengulas pelantikan semua wakil samada PAS, DAP dan PKR dibuat secara 'pelantikan politik'dan tidak perlu meletak jawatan sepertimana yang ditegaskan beberapa pemimpin PAS sebelum ini.

Malah Mahfuz juga tidak mengulas kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang bukan hak mutlak DAP, PKR atau PAS sendiri sebaliknya ia hanya berjaya dibentuk selepas ketiga-tiga parti itu bergabung dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 


One Response

  1. Anonymous says:

    Dia ni terlajak bebal .... tak tau nak ulas isu.... nak cakap bab pentadbiran dia sendiri taraf office boy... nak cerite hal penyukong... dia sendiri tak yakin sebab kalah..makna org dah jelak nak sokong...nak cerita hal antarabangsa..dia tak tau cakap omputih... nak masuk Parti baru...org buat ajak ajak ayam..sebab tak mau Parti baru disertai jenis kartun mcm dia..Nak stay dalam Pas... pasti akan kalah berpanjangan sebab org parti dah tau dia kartun... Nanti Pas dilebel Ulama Kartun olih Parti baru...Jadi serba tak kena... kata org cai macam mana pun tak kena... Hakikatnya...mana mana Parti yg ambil dia akan terlebel Kartun dgn sendirinya... Dap yg sibuk cari org melayu pon lari dari dia... Sebaiknya dia Penganti Sabaruddin tukang Kasut saja...Nak jadi Pak Maun ke kelab Ago go pun tak layak.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.