..

..

JAWAPAN PM TENTANG TUDUHAN ANWAR SAKIT DALAM PENJARA

on Wednesday, July 1, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang Selasa memberitahu beliau ambil maklum kesihatan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara lima tahun atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya pada tahun 2008.
Menurut facebooknya, Najib berkata beliau mahu pihak berkenaan mempastikan Anwar terima rawatan sewajarnya.
Sebelum ini keluarga Anwar pernah mendakwa beliau sakit dan cuba melakukan tekanan politik kepada kerajaan, bagaimanapun Anwar yang dirawat beberapa hari di Hospital Besar Kuala Lumpur didapati tidak mengalami sebarang penyakit seperti yang didakwa keluarga dan peguamnya.
Pagi Selasa, salah seorang peguamnya R. Sivarasa mahu Anwar ditahan di bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan.
Beliau Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang diperlukan.
Bekas Ketua Pembangkang itu sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.
Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada kemudahan untuk ujian atau rawatan kepada keadaannya itu.
"Anwar yang ditahan dalam kurungan sel kosong yang terdedah, bersama baldi untuk mandi, tandas cangkung, dan dalam keadaan yang panas dan lembap dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah kesihatannya," kata Sivarasa dalam satu kenyataan media.
Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.-30/6/2015


13 Responses

  1. Anonymous says:

    Dah mula dah drama siri terbaharu anwar..4 cm ketumbuhan dlm perut? Macam pernah dengar aja ukuran tu..bukan sama kah dengan ukuran dlm dubur saiful...hahaha

  2. Anonymous says:

    Ini satu lagi manusia penuh dengan auta..

    The drama start again.

    Bila dah lepas dari penjara dulu tiba tiba sihat, tak henti henti kesana sini berceramah hingga larut malam...sakit pinggang sakit leher semua tak ada pun...


    penipu besar!!!!

  3. Anonymous says:

    Penjara adalah tempat hukuman orang yg bersalah...jangan harap ianya sama dengan keadaan diluar. Itu yg membezakan antara orang bebas dengan orang yg dihukum

  4. Anonymous says:

    perkara remeh temeh cam ni laju aje najib jawap, tapi 1mdb terpinga-pinga, terpetap-petap nak menjawab ... bangang!

  5. Anonymous says:

    Liwat kuat sangat kena terima akibat nya. Semua ini kehendak Allah swt

  6. Anonymous says:

    Terima lah hukuman dengan redha. DSAI adalah penjenayah dan penjara adalah tempat tinggal untuk penjenayah.

  7. Anonymous says:

    Anon 7:32 nak jawap macam mana kan masih dlm sisatan ...bodoh

  8. Anonymous says:

    tetap nak menipu..nak sangat minta sakit..harap2 tuhan bagi sakit..biar mampos cepat lagi baik..

  9. Azat Mohd says:

    Manje sangat..mcam2 alasan

  10. Anonymous says:

    Mula dah Anasir Komunis Regimen RBA bawa certa 1MDB. Bila kena dengan konco-konco mereka mula lah Anasir dari Regimen Komunis RBA menempek sama.

    Tony Pua tu pun belum tentu selamat. Tunggu sikit masa lagi. Semua suku sakat Regimen RBA satu per satu akan terdedah.

  11. Anonymous says:

    Isu yg x relevan kepada negara.

  12. Anonymous says:

    Sapa yg bela anwar ni mmg gila

  13. Anonymous says:

    Atok dan nenek se-malaya dah senyum lebar dengar berita nuar sakit..mungkin depa kata dah kena hukuman tuhan.. Pas vs pasma

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.