..

..

HABIS LA PEMIMPIN PEMBANGKANG JUMPA JUSTO , KPN SENDIRI AKAN KE THAILAND

on Wednesday, July 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyuarakan kesediaanya untuk mengetuai pasukan penyiasat ke Thailand untuk menyoal siasat bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo berhubung dakwaaan mengenai pertemuan sulit dengan seorang individu.

Individu tersebut dipercayai  seorang ahli politik pembangkang dari Malaysia dan pertemuan tersebut bertujuan untuk menjual maklumat sulit.

Menurut Khalid, Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan memfokus siasatan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana terdapat unsur cubaan pihak menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Namun, pihaknya masih menunggu kebenaran daripada pihak polis Thailand untuk menemubual Justo.

"Apabila polis jalankan siasatan dan apabila selesai kita akan kemukakan siasatan kepada Peguam Negara terpulang kepada mereka nak buat apa... arah tuju siasatan kita untuk merungkai hasrat beberapa pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik," kata Khalid ketika ditemui di majlis perasmiam Polis Bantuan Koperasi PDRM di Shah Alam pada Rabu.

Jelas beliau pasukan siasatan itu juga menyiasat maklumat yang didedahkan oleh pihak polis Thailand termasuk rakaman percakapan bekas pengarang, Sarawak Tribune Lester Melanyi.

Sementara itu, Khalid mengesahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) polis telah menerima segala dokumen mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada The Edge Media Group.

Sebelum ini, The Edge menerbitkan laporan mendakwa bahawa 1MDB dan rakan usaha samanya, PetroSaudi International, telah menipu rakyat Malaysia berbilion ringgit.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Seksen 124 kanun seksaan hukuman penjara atau gantung?. kalau menderhaka kepada Yang dipertuan Agong jawabnya hukuman mati.

  2. Anonymous says:

    Yang terbaik dicadangkan KPN perlu membawa bersama seorang atau dua pemimpin pembangkang yang akan dijadikan saksi nanti jika puak pembangkang masih bermain dengan api.

  3. Anonymous says:

    Masa untuk bertidak Najib, kalau perlu penjara maka penjaralah pengkhianat2 ini. Jangan terlalu moderate because moderateness will kills you. Thinks like Mahathir. What would Mahathir do in a situation like this? Kills your enemy before they kill you.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.