..

..

GUAN ENG UMUM TIADA LAGI PAKATAN RAKYAT DI P.PINANG

on Thursday, July 2, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan bahawa kerajaan pimpinannya tidak lagi dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sebaliknya, kata setiausaha agung DAP itu, mereka hanya akan menggelarkannya sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja.

Lim mengumumkan perkara itu dalam kenyataannya daripada George Town hari ini, susulan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

Beliau juga berkata mesyuarat exco juga memutuskan menentang usul muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi menerima hakikat bahawa Pakatan tidak wujud lagi susulan itu.

Lim juga berkata kerajaan negeri juga mengekalkan urus tadbir berdasarkan dasar bersama Pakatan dan manifesto bersama dalam pilihan raya sebelum ini yang memberikan mereka penguasaan besar 68 peratus.

Sementara itu, Lim juga berkata mesyuarat semalam turut dihadiri exco daripada PKR Dr Afif Bahardin.

Menurut Lim lagi perkara itu disokong kesemua 30 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk daripada PAS Datuk Mohd Salleh Man.

“Kesemua 30 penyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju dan menyokong ketiga-tiga ketetapan exco ini,” katanya.

Lim berkata, ADUN yang telah dipilih dalam pilihan raya umum lalu itu tidak pernah berubah atau berkurang.

“Ini bermakna sokongan 30 ADUN kepada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berubah dan tidak kurang serta tetap berkekalan seperti biasa.

“Pihak pembangkang Umno menguasai baki 10 kerusi DUN,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa demi memberikan tumpuan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan, urus tadbir dan ketelusan demi membangunkan ekonomi untuk semua.


Komen GPB 

Agak mengejutkan Guan Eng begitu kalut mengumumkan kerajaan PR tiada lagi di P.Pinang . 

Menariknya Adun PAS iaitu Salleh Man menyokong . Mungkin sebab itu beliau dikekalkan jawatan YDP MAIPP  berbanding Ahli Majlis PBT  dan wakil2 PAS terus dibuang kerja  .

 Sepatutnya nama sesuai ilah  kerajaan DAP P.Pinang  digunakankan kerana majoriti kerusi dimenangi DAP seperti mana kerajaan PAS Kelantan .


3 Responses

  1. Anonymous says:

    RBA godam FB Sya Syen bila dedah niat dan agenda DAP

    FB Sya Shen di godam apabila didedahkan niat dan agenda jahat DAP.

    Agenda DAP Menguasai PKR dan PAS

    1. Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan Protest membebaskan Anwar Ibrahim ketika Anwar disabitkan secara sah dan benar bersalah oleh Mahkamah. Keadaan ini melenyapkan perjuangan , aura dan karisma Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan Jambatan dalam Pakatan Pembangkang. Tiada sambutan dalam beberapa protest yang dianjurkan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

    2. DAP memberi sokongan penuh terhadap Wan Azizah dalam PKR untuk menjadi MB dalam pertembungan MB Selangor pada suatu ketika dahulu. Hal ini disebabkan , Wan Azizah dilihat sebagai seorang individu yang mudah untuk dikawal. DAP tidak perlu lagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya perlu berhadapan dengan seorang pemimpin patung yang lemah dan lembab.

    3. Kekayaan , kekuatan dan pengaruh DAP semakin kuat selepas mereka menguasai negeri Pulau Pinang yang kaya selama 2 penggal. Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka.

    4. DAP sangat marah terhadap PAS dan Hadi Awang kerana mengagalkan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Tanpa PAS dan Hadi Awang , Azmin Ali tidak akan sesekali menjadi MB Selangor. Peliknya , Azmin Ali tidak mengenang budi PAS dan ibaratkan kacang lupakan kulit apabila tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang dan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi kunci utama beliau menjadi MB. Keadaan ini hanya menandakan DAP begitu kuat sehingga Azmin Ali yang hebat juga tidak berani berhadapan dengan mereka.

    5. Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan DAP telah memberi dana sokongan sebanyak RM 1.5 juta setahun kepada PASMA untuk memecahbelahkan PAS. Perjudian politik DAP adalah sekirannya PASMA mampu menggunlingkan kesemua ulama dalam PAS maka DAP akan mampu menguasai parti PAS. Malangnya , rancangan DAP tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang ditaja oleh DAP disingikirkan dalam pemilihan PAS yang terbaharu.

    Balas

    Tanpa Nama 2 Julai 2015 10:48 PG

    6. Namun begitu , LGE dan DAP bukanlah calang - calang orang mereka. Mereka sudah menyedari bahawa perjudian ini bukanlah merupakan satu perjuadian yang mudah. Oleh itu , semasa kempen dan pemilihan PAS , LGE dan DAP sengaja menyerang Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam PAS. Hal ini disebabkan LGE dan DAP sememangnya mahu kesemua pemimpin dan kumpulan yang ditaja oleh mereka ditewaskan dalam pemilihan tersebut. Serangan terhadap ulama hanya akan menyatukan ahli PAS untuk menyingkirkan pemimpin - pemimpin tajaan DAP.

    7. Mengapa DAP/LGE mahu mereka disingkirkan ? Keadaan ini akan memberi peluang untuk mereka untuk menamatkan kerjasaman dengan PAS dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan pembangkang. Seterusnya , individu dan kumpulan yang ditaja oleh mereka akan terus disuntik dana untuk menubuhkan parti dan blok politik baharu untuk menjadi rakan komponen mereka. Dengan ini , DAP akan dapat menguasai dan mengawal kepimpinan Melayu dalam Pakatan Pembangkang.

    8. Sekirannya Pembangkang berjaya merampas Putrajaya dan calon Perdana Menteri Melayu daripada Pakatan tersebut juga adalah alat kawalan dan boneka DAP. Dengan ini DAP akan menjadi lebih berkuasa seperti mana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden Amerika Syarikat.

    9. Keadaan ini juga membuka ruang untuk memecahbelahkan undi masyarakat Melayu. Sekirannya terhadap parti politik Melayu/Islam baharu dalam Pakatan Rakyat maka kebarangkalian untuk pertembungan 3 pihak akan berlaku ( PAS VS UMNO VS Parti Baharu Melayu/Islam Pembangkang ). Keadaan ini akan memberi kelebihan lebih kepada DAP untuk terus memenangi kerusi terbanyak dan selepas ini mungkin lebih banyak dalam pakatan pembangkang mereka.

  2. Anonymous says:

    10. Ketika PAS vs UMNO undi Melayu sudah berpecah kepada 50% 50%. Bayangkan kini ada puak ketiga ? Berapakah lagi peratusan pengaruh Melayu dalam arena politik di negara kita ?

    Selepas tulisan tersebut, Sya Shen timbulkan persoalan berikut:

    Adakah kini PAS sudah sedar untuk lihat siapakah musuh mereka yang sebenar ? Adakah DAP/PKR selama ini ataupun UMNO/BN yang ditentang oleh mereka ?

    PAS sudah sampai satu posisi yang tersekat. Sekirannya anda mahu lagi terus menentang BN dan UMNO maka parti anda akan dimusnahkah oleh DAP.

    June 26hb

    Dia turut meminta ahli dan penyokong PAS fikir:

    ... anda bersama - sama menyumbang wang , tenaga dan segala bentuk dalam kerjasama tetapi akhirnnya bukan sahaja BN ditewaskan. Anda ( PAS ) juga sendiri ditewaskan oleh sahabat dan rakan dalam Pakatan anda. Yang menang , berkuasa dan kaya hanyalah mereka http://youtu.be/B2RwWKiJSVw http://youtu.be/u99wzR0nFtY June 26hb

  3. Anonymous says:

    he,he,he,wargh,wargh,koh,koh,kih,kih, kih,mua h,muah,kah,kah,kah,kah,x[infinity] ………………............................................. .......................o musuh allah, duduklah engkau, engkau tidak layak melaksanakan perkara tersebut setelah engkau melakukan apa yang engkau kerjakan sebelum ini................................................

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.