..

..

GANTUNG PERMIT THE EDGE PERINGATAN PIHAK SALAHGUNA KEBEBASAN SUARA @IsmailSabri60 @NajibRazak

on Sunday, July 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan keras perlu dikenakan untuk dijadikan sebagai peringatan supaya tidak ada pihak yang menyalahgunakan hak kebebasan suara di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Walaupun dalam perlembagaan rakyat ada hak bersuara, tetapi mereka masih lagi tertakluk kepada undang-undang dan kebebasan itu tidak boleh dijadikan lesen untuk menyebarkan fitnah, menghasut, sabotaj ekonomi negara dan bertindak sebagai pengkhianat.
Jangan disebabkan ada kebebasan semua anggap kebebasan itu tiada hadnya, kalau semua beranggapan demikian, ia bukan sahaja akan merosakkan negara dari segi ekonomi, tetapi rusuhan kaum juga boleh berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Bera di Dataran Kerayong di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 10,000 masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Majlis turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung permit The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuatkuasa Isnin ini.
Tindakan itu diambil berikutan dua laporan yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan memudaratkan kepentingan awam dan negara.
Katanya tindakan yang lebih tegas wajar diambil seperti membatalkan permit dua akhbar berkenaan serta mana-mana media yang yang berterusan menyiarkan laporan menjejaskan ekonomi dan perpaduan negara.
Hishammuddin ketika diminta mengulas perkara yang sama pula berkata, tindakan keras itu perlu diambil untuk menjaga keselamatan dan keharmonian negara.
“Media ada tanggungjawab. Jika ada yang dilaporkan menjejaskan keselamatan dan keharmonian serta tidak benar, kerajaan kena buat pendirian,” katanya.-MediaUMNO


One Response

  1. Mak Bedah says:

    AWAS!!!
    Editor social media yang berniat jahat juga bertujuan nak mensabotaj ekonomi Malaysia, sehingga wang tukaran asing ringgit (MYR) jatuh lumpas.
    Semua rakyat Malaysia mesti bersikap cintakan Negara Malaysia supaya harga ringgit tetap tinggi dan tidak jatuh bertubi-tubi kerana angkara si Dajal Yahudi dan social media pembangkang yang sentiasa cuba hendak menggulingkan kerajaan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.