..

..

GANTUNG AKHBAR FITNAH THE EDGE LANGKAH TEPAT

on Saturday, July 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Langkah Perdana Menteri mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar the Edge kerana memfitnah beliau dalam isu 1MDB adalah bertepatan sekali.

Ini kerana The Egde adalah syarikat media tempatan yang mempunyai operasi di dalam negara dan malah permit penerbitannya pula dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.
Oleh sebab itu KDN juga telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat media itu mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya yang mungkin akan menyebabkan lesen penerbitannya dibatalkan.

Alasan ini perlu dijelaskan bagi menjawab dakwaan sesetengah pihak mengapa Dato’ Sri Najib Tun Razak lambat mengambil tindakan kepada dua lagi pihak yang memfitnahnya dalam isu 1MDB iaitu portal pro-pembangkang Sarawak Report dan juga akhbar asing Wall Street Journal.

Malah terkini peguam yang mewakili Perdana Menteri telah juga menghantar surat kepada pemilik akhbar WSJ iaitu Dow Jones yang berpengalan di Amerika Syarikat meminta penjelasan terhadap dua artikel yang berunsur fitnah yang diterbitkan oleh akhbar tersebut.

Sarawak Report pula adalah sebuah portal berita yang tida berdaftar secara rasmi dengan KDN atau mana-mana agensi kerajaan.

Namun ia amat aktif sekali mengkrtitik, menghentam serta mendedahkan banyak dokumen-dokumen yang didakwanya sulit dan menyebarkan banyak fitnah terhadap kerajaan negeri Sarawak satu ketika dahulu.

Bagaimanapun kredibiliti partal tersebut diragui agendanya kerana ia didalangi oleh warga asing yang ingin mencampuri urusan dalaman negara lain.

Begitu juga WSJ dan The Edge yang nampak sungguh beriya-iya hendak mendedahkan kononnya terdapat penyelewengan kewangan terancang dalam 1MDB dan Perdana Menteri dituduh menyonglap duit yang disalurkan ke dalam akaun beliau di sebuah bank tempatan.
Dalam hal menangani isu fitnah 1MDB yang dilemparkan terhadap beliau, Dato’ Sri Najib sekali pun tidak menunjukkan sikap panik atau mengelabah.

Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang dan penabur fitnah dari WSJ, The Edge dan Sarawak Report supaya mereka boleh tuduh pula apa yang disebarkan adalah benar dan betul.
Sebaliknya reaksi Perdana Menteri adalah tenang dan bermuhasabah serta bersabar menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Malah beliau berkata masa akan menentukan bahawa semua fitnah ini akan dibalingkan balik ke muka penyebar-penyebar fitnah tersebut.

Perdana Menteri yakin dan sabar bahawa kebenaran mengenai 1MDB akan akhirnya terserlah jua.
Apa yang perlu dilakukan hendaklah mengikut saluran undang-undang yang betul dan inilah yang telah dilakukan beliau.

Berbeza dengan kepimpinan perdana menteri sebelumnya, Dato’ Sri Najib terpaksa menggalas tanggungjawab memimpin negara dalam keadaan ledakan media baru tanpa batasan dan sekatan.
Dunia baru era media digital tidak mungkin dapat disekat atau dikongkong kerana apa sahaja maklumat dan informasi bebas berlegas dilepaskan di dalam alam maya.

Undang-undang hanya mampu menghalang pencabulan kebebasan bersuara dalam era digital pada suatu tahap sahaja kerana alam maya sememangnya begitu sifatnya.

Pembangkang dan juga pihak yang iri hati terhadap pembangunan ekonomi dan kestabilan politik Malaysia sentiasa mencari jalan untuk menyerang negara ini dengan pelbagai cara.

Jika tidak melalui ketenteraan atau konspirasi luaran mereka akan menggunakan sepenuhnya paltform media sosial seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya untuk membuat serangan terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Isu 1MDB ini telah dieksploitasi sehabisnya oleh pihak pembangkang yang telah menggunakan media sosial sebagai landasan menyebarkan fitnah mereka.
– PRU14.tv


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Langkah repay Kerala hotak ko!

  2. Anonymous says:

    Memang boleh MAMPOS si PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA dari puak PENDATANG TERORIS-TERORIS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

    Patutnya PENGINTIPAN dan SABOTAJ oleh EJEN-EJEN TERORIS ni ke atas YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu dan 1MDB kita diSIASAT bawah AKTA TERORISMA oleh PDRM/KDN!

    Dan mcmmanalah si TERORIS KAPIRDAJAL Anti-ISLAM/Melayu tony PUAKA-DAPBANGKAI tu boleh terlibat dlm. PACBANGANG tu - yg. patut diBUBARkan segera (lihat sitony puaKA ni jumpa BETINA S.Repot dan Justo tu di SingaPORK - di http://medan-info-kita.blogspot.com/2015/07/niat-ahli-ahli-umno-spesis-jemuan-mahu.html) ! Mcm. puak ni pula lebih BERKUASA dr. K’jaan – sekrg. nak panggil MARA pula berdasarkan repot media Barat/Zionis-KEPARAT juga! Seolah NEGARA ISLAM berdaulat kita ini serta IMDB, MARA, TABUNG HAJI, FELDA, UMNO dan mana-mana insitusi-instusi/pemimipin yg. menjaga HAK dan KEBAJIKAN Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu kena TUNDUK pd. REJIM/MEDIA-PENIPU Barat/Zionis dan puak PENDATANG TERORIS-TERORIS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 - mcm. kita ni masih KULI depa – apa KEJADAHnya ni?!

    Nek Tempoyak.

  3. Anonymous says:

    Kegagalan menggantung tugas suspek utama kes 1MBD pun langkah tepat ke...semua laporan siasatan perlu dikemukakan kepada suspek utama pun langkah tepat juga ke.

  4. Anonymous says:

    Tindakan kerajaan untuk gantung akhbar The Edge satu tindakan tepat dan saya sokong seratus peratus . Pedulikan suara suara sumbang yang tak setuju dengan tindakan kerajaan ni . Tak kan nak tunggu Malaysia jadi macam Syria baru nak ambil tindakan .

  5. Anonymous says:

    Time to acts PM Najib. No more talking. Humban ke dalam penjara semua konspirator.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.