..

..

FITNAH TUDUHAN WANG 1MDB MENGALIR KE AKAUN PM

on Friday, July 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




Coretan Ringkas Lokman Adam

1.  Jika PM terima sebarang dana sepertimana dituduh oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal, beliau takkan berani suruh Ketua Audit Negara menjalankan siasatan terperinci ke atas 1MDB.  PM juga takkan berani meminta PAC yang turut dianggotai oleh wakil DAP, PKR dan PAS untuk menyiasat 1MDB. 9 Jun ini Ketua Audit Negara akan serah hasil siasatan pada PAC,  kebenaran akan muncul In Sya Allah.

2.  Bodoh sangat ke PM meminta duit itu dimasukkan dalam akaun peribadinya?  Nama pemegang akaun pun jelas salah.  Nama akaun mesti ikut ic iaitu Bin Abdul Razak, bukan Abd Razak.

3.  Sumber Wall Street Journal, Malaysian Insider, Malaysiakini dan The Edge hanyalah Sarawak Report.  Sarawak Report pula dapat maklumat yang datangnya dari xavier Andre Justo yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand kerana memeras ugut serta didapati telah mengubahsuai bahan yang beliau bekalkan kepada pihak yang selama ini membekalkan maklumat kepada Sarawak Report.

4.  Apa yang Sarawak Report tulis hanyalah sampah yang bertujuan untuk membunuh karier politik DS Najib.  Jika apa yang mereka tulis benar, saya cabar mereka datang ke Malaysia dan buat sidang media mendedahkan apa yang mereka fitnah itu dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang di negara ini.

5.  Sehingga kini, pendedahan yang kononnya terperinci oleh Sararawak Report hanyalah satu cerita dongeng yang direkayasa dengan begitu terperinci bagi meyakinkan pembacanya.  Hakikatnya, tiada satupun disertakan dengan bukti hingga kini.

6.  Sejak bila beban pembuktian diletakkan dibahu pihak yang dituduh.  Sepatutnya Sarawak Reportlah yang sepatutnya mengemukakan bukti ke atas tuduhan mereka.  Kenapa tak serahkannya terus kepada SPRM?

7.  Kepada teman-teman yang saya yakin semakin buntu dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada kepimpinan negara, cuma satu pesan saya,  jika kita tak tahu jawapan kepada fitnah tersebut, janganlah pula kita bantu memviralkan fitnah itu.

8.  Dalam dunia whatapp hari ini, memang maklumat dihujung jari.  Malangnya maklumat itu kadang kala lebih banyak ke arah auta dari fakta.  Nantikanlah keputusan siasatan Ketua Audit Negara dan PAC.  Jika kita gagal pertahan kepimpinan negara kita dari fitnah hari ini, bersih manapun pemimpin yang akan naik, pasti tidak akan lekang dari difitnah pihak lawan.  Adakah kita hendak menukar pemimpin kita setiap kali mereka difitnah? Renungkanlah.....


1MDB TAK PERNAH BERI SEBARANG DANA PADA PM

Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri.  Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat.

Pendedahan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa  dokumen yang ‘dibocorkan’ yang mana beberapa media tertentu, dan blog-blog online seperti Sarawak Report, telah gunakan untuk mengelirukan masyarakat dan memberikan justifikasi untuk dakwaan palsu terhadap syarikat dan kerajaan.

Berdasarkan laporan-laporan akhbar, dokumen-dokumen ini didapati telah diubah, dan telah digunakan oleh seorang individu – yang kini ini ditahan di sebuah negara asing – untuk  memeras ugut bekas majikannya.

Oleh itu kami terkejut bahawa dokumen-dokumen seperti ini, yang kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat dakwaan tidak berasas yang baru terhadap  1MDB.

1MDB kini sedang bekerjasama dalam beberapa siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara.  Pihak-pihak berkuasa ini mempunyai semua maklumat berkaitan, dan kami meminta semua pihak untuk menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan seterusnya dan bergegas untuk menghakimi perkara tersebut.


9 Responses

  1. Anonymous says:

    Macam punya fitnah pun..NAJIB tak berani saman ke..jadi lah jantan wahai PM

  2. Anonymous says:

    @ Anon : July 3, 2015 at 3:35 PM

    BERANI kerana BENAR. TAKUT kerana SALAH.

  3. Anonymous says:

    Berani kerana benar, saman saja.

  4. Anonymous says:

    abracadabra!!!.......http://youtu.be/SYMtbcpmeRE................abracadabra!!!

  5. Anonymous says:

    Apa lak cabar WSJ datang bawa bukti...saman je lah...

  6. megat says:

    balaci en lokman dah mula merapu x tentu pasal.ini kali tuan najib kau pasti leher terjerat.laporan wsj,media antarabangsa bukan suka2 nak lapor berita jika sumber tidak tepat.klau tuan kau anak bugis warrior apa lagi samanlah.jangan nak menafikan saje.saman jgan tak saman.

  7. Anonymous says:

    Reporter tu duduk di luar negara. Itulah sebabnya reporter orang putih tu patut datang Malaysia supaya tindakan undang2 boleh diambil.

  8. Anonymous says:

    CLAIRE BROWN-Si BETINA omputih-KEPARAT S.Repot (patutnya diHARAMkan selamanya masuk M'sia kita ni) ini disyaki DALANG belakang kumpulan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu, yg. KELENTONG psl. IMDB ni, terutamanya puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, bersama puak PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM - iaitu si KULI-Barat/NATO-ISrael/Zionis yg. memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!

    Dan BETINA ni juga sebenaqnya adalah adik ipar kpd. bekas PM UK yg. amat pro-ISrael/Zionis, Gordon Brown yg. terlibat bersama Blair utk. melancarkan perang Iraq yg. telah menyebabkan BERJUTA Bumiputera Arab Islam Iraq diBUNUH/diROMPAK/diPERKOSA dgn. amat KEJAM dlm. GENOSID oleh tentera PENGGANAS US/UK – lihat di http://www.whale.to/b/bollyn.html , How Mossad Controls Our Political Parties, by Christopher Bollyn, 25 October 2008:

    ……MOSSAD CONTROLS BRITAIN

    The evidence indicates that Israeli intelligence has near complete control of the leading political parties in Britain and the United States. While the Zionist political controllers in London and Washington are well known to the owners of the mass media, discussion of the subject of Zionist or Israeli control of the parties is censored in the media outlets they control. This censorship illustrates how Zionist control of the media serves to deceive the people and cause extreme harm to the nations.

    Specific examples of the current pro-Israel bias in the mass media would include the media's unquestioning support of the 9-11 cover-up, the costly and disastrous wars in Iraq and Afghanistan, and the trillion dollar "bail-out." The complete lack of transparency in U.S. elections and discussion of the secretive private companies that run our elections are also censored subjects.

    The utterly fraudulent Zionist construct called the "War on Terror" and the illegal wars in Iraq and Afghanistan have all been designed and forced onto the American and British nations by Zionists who control the political systems of London, New York, and Washington.

    In Britain, the two political leaders who have promoted and supported the Zionist agenda and wars of aggression are Tony Blair and Gordon Brown. Their Zionist paymasters and handlers are not hard to discern, although they are never discussed in the media in such terms……
    COPYPASTE NOVANDRI BLOGSPOT
    [Nek Tempoyak=MALAYS ULTIMATE SUPER POWER RACE SOLDIER IN PLANET "EARTH "]

  9. Anonymous says:

    Kebanyakan Yg tukang comment...tak tahu undang2. PM akan saman tapi akan ikut channel yg betul.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.