..

..

FITNAH ! PEGUAM NAFI SIRUL BUAT PENGAKUAN MINGGU HADAPAN TERIMA ARAHAN ROSMAH

on Thursday, July 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Peguam kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu menafikan anak guamnya akan membuat pengakuan minggu hadapan. 
Maklumat yang tersebar di aplikasi WhatsApp itu menyatakan Sirul akan membuat pengakuan di mahkamah di Australia berhubung perkara itu dan mengatakan beliau membunuh Altantuya selepas menerima arahan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul membunuh Altantuya atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan mencemarkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hasnal berkata, pihaknya menghubungi Sirul, dan beliau dimaklumkan berita yang dilaporkan dipetik daripada Herald Sun Australia itu adalah tidak benar. 
"Setelah bertanya sendiri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk hadir ke mahkamah.

“Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul,” katanya - AP


One Response

  1. Anonymous says:

    Anak Hussain Najadi, Kit Siang ... terencat akal tak boleh fikir Lojiklah sikit ...

    CERITA SEBENAR HUSSAIN NAJARDI

    1) Pengasas Ambank Hussain Najardi, telah menjual semua sahamnya pada tahun 1983-1984 dan membantu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa serta tidak terlibat dalam pengurusan mahupun di pejabat beliau di Ambank dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

    2) Tiada laporan polis difailkan oleh Najardi pada Julai 2013 atau masa-masa lain berkenaan transaksi tersebut. Rekod tersebut didapati tidak wujud.

    3) Tiada mana-mana Ketua IT dipaksa untuk meletak jawatan pada tahun 2013. Tambahan pula, CIO, Charles Tan, bekas Accenture masih ada sehingga hari ini dan telah berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun.

    4) Jika Ketua IT tersebut dipaksa untuk meletak jawatan, mereka boleh membocorkannya pada orang awam atau pergi terus kepada pihak pembangkang, jika mereka sedar tentang sejumlah besar pemindahan tersebut, tetapi sudah lebih 2 tahun tiada sesiapa sedar akan sejumlah besar pemindahan tersebut.

    5) Pengasas Ambank dibunuh kerana pertikaian tanah kuil di Bukit Ceylon dimana beliau telah menyekat penjualan tanah tersebut kepada pihak lain.

    6) Satu-satunya anak tunggal pengasas Ambank iaitu Pascal Najardi merupakan seorang yang bermasalah.

    Dia dilahirkan di Swiss dan memegang kewarganegaraan bagi dua negara iaitu Swiss-British dan tidak dapat tinggal di Malaysia.

    Pascal menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyaman isteri arwah ayahnya iaitu Cheong Mei Kuen dan menghalangnya dari mendapat harta pusaka berjumlah RM1.8 juta kerana beliau bukan beragama islam dan mengarahkan beliau untuk membayar wang berjumlah RM30 000.

    Puan Cheong juga didapati cedera dalam kejadian tembak-menmbak tersebut dan memangku mayat suaminya yang berlumuran darah.

    KESIMPULANNYA: Cerita berkenaan pembunuhan pengasas Ambank yang dikaitkan dengan Najib adalah tidak benar.copypaste theunspinners.blogspot "UNTUK MELAWAN ANJING NI, KITA JANGAN LARI. ANGKAT KAYU ,LARILAH DIA.KALAU KITA LARI LAGILAH DIA KEJAR. JADI, ANGKAT KAYU ATAU BALING BATU...SERGAH ANJING TU BALIK. MESTI LARI LINTANG PUKANG" -TLM-

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.