..

..

DAKWAAN WSJ TERHADAP NAJIB SUKAR DIPERCAYAI - HARON DIN

on Sunday, July 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




PETALING JAYA: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berharap dakwaan mengenai dana 1Malaysia Development Berhad(1MDB) yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu terbukti tidak benar demi untuk kepentingan negara.

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar, ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan melemahkan lagi ekonomi negara.

Pemimpin PAS itu memberi respon demikian sebagai reaksi kepada artikel yang tersiar di dalam akhbar The Wall Street Journal(WJS) dan Sarawak Report Jumaat lepas yang mendakwa bahawa dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah disalurkan kepada akaun peribadi Najib.

Haron Din bagaimanapun berkata, dakwaan artikel itu seperti dibuat-buat.

"Sukar untuk dipercayai bahawa seseorang telah memindahkan dana awam ke dalam akaun peribadi.

"Jika seseorang itu mahu menipu, mereka akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun rahsia,"  kata beliau sambil menambah bahawa ia tindakan yang salah untuk mengaitkan seseorang tanpa bukti kukuh.

Haron Din bagaimanapun menambah bahawa perkara itu tidak boleh dipandang ringan sekiranya terdapat beberapa bukti asas kepada dakwaan itu.

"Buat masa ini, kita harus menunggu pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan," katanya lagi. 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    dulu Anuar dituduh meliwat juga sukar dipercayai dan akhirnya mahkamah membuktikanya. kamu juga sama saperti orang yang lemas dan terdesak, maka siapa saja yang menyokong tafsiran kamu akan kamu angkat setinggi langit sehinggakan melupakan kata kata silam. kes dah pun sampai kat Ghani Patail. biarkan saja undang undang menentukan sama saperti kes Anuar. nasihat aku jangan terlebih junjung, agak agaklah.

  2. Media yang mengambil pendekatan munafik akan disukai oleh golongan munafik dan musuh-musuh Islam jua..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.